Pages

Subscribe:

Khamis, 28 Mac 2013

~* PENAWAR KASIH ~*


Penawar Kasih : Rasulullah bersama Arab Badwi

Dikisahkan bahawa sedang Rasulullah shallallahu alaihi wasallam masih asyik dan khusyu' bertawaf di Kaabah, beliau mendengar seseorang lalu di hadapannya bertawaf, sambil berzikir : “Ya Karim! Ya Karim!”

Baginda Rasulullah shallallahu alaihi wasallam lalu menirunya dan membaca “Ya Karim! Ya Karim!”. Orang itu lalu berhenti di salah satu sudut Kaabah dan berzikir lagi : “Ya Karim! Ya Karim!” Rasulullah shallallahu alaihi wasallam  yang berada di belakangnya mengikut lagi zikirnya “Ya Karim! Ya Karim!”.

Merasa seperti dipermain-mainkan, orang itu menoleh ke belakang dan terlihat olehnya seorang laki-laki yang gagah, lagi tampan yang belum pernah dikenalinya.
Orang itu lalu berkata : “Wahai orang tampan! Apakah engkau memang sengaja mempersenda-sendakan aku, kerana aku ini adalah orang badwi? Kalaulah bukan kerana ketampananmu dan kegagahanmu, pasti engkau akan aku laporkan kepada kekasihku, Muhammad Rasulullah.”

Mendengar kata-kata orang badwi itu, Baginda Rasulullah tersenyum, lalu bertanya : “Tidakkah engkau mengenali Nabimu, wahai orang Arab?” “Belum,” jawab orang itu. “Jadi bagaimana kau beriman kepadanya?”

“Saya percaya dengan teguh atas kenabiannya, sekalipun saya belum pernah melihatnya dan membenarkan perutusannya, sekalipun saya belum pernah bertemu dengannya,” kata orang Arab badwi itu pula.

Baginda Rasulullah shallallahu alaihi wasallam pun berkata kepadanya : “Wahai orang Arab! Ketahuilah aku inilah Nabimu di dunia dan penolongmu nanti di akhirat!” Melihat Nabi di hadapannya, dia tercengang, seperti tidak percaya kepada dirinya.

“Tuan ini Nabi Muhammad?!” “Ya” jawab Nabi shallallahu alaihi wasallam. Dia segera tunduk untuk mencium kedua kaki Rasulullah. Melihat hal itu, Rasulullah SAW terus menarik tubuh orang Arab itu, sambil berkata kepadanya :

“Wahal orang Arab! Janganlah engkau berbuat serupa itu. Perbuatan seperti itu biasanya dilakukan oleh hamba sahaya kepada tuannya. Ketahuilah, Allah mengutusku bukan untuk menjadi seorang yang takabbur yang meminta dihormati atau diagungkan tetapi hanya untuk membawa berita.

Ketika itulah, Malaikat Jibril as. turun membawa berita dari langit dan berkata: “Ya Muhammad! Allah As-Salam mengucapkan salam kepadamu dan bersabda: “Katakanlah kepada orang Arab itu, agar dia tidak terpesona dengan belas kasih Allah. Ketahuilah bahawa Allah akan menghisabnya di hari Mahsyar nanti, akan menimbang semua amalannya baik yang kecil mahu pun yang besar!” Setelah menyampaikan berita itu, Jibril kemudian pergi.

Maka orang Arab itu pula berkata: “Demi keagungan serta kemuliaan Allah, jika Allah akan membuat perhitungan atas amalan hamba, maka hamba pun akan membuat perhitungan denganNya!”

“Apakah yang akan engkau perhitungkan dengan Allah?”. Baginda Rasulullah shallallahu alaihi wasallam bertanya kepadanya.
"Jika Allah akan memperhitungkan dosa-dosa hamba, maka hamba akan memperhitungkan betapa kebesaran maghfirahNya," Jawab orang itu. Tambahnya lagi, ‘Jika DIA memperhitungkan kemaksiatan hamba, maka hamba akan memperhitungkan betapa kebesaran pengampunan NYA. Jika DIA memperhitungkan kekikiran hamba, maka hamba akan memperhitungkan pula betapa luas kemurahan NYA!’

Mendengar ucapan orang Arab badwi itu, maka Baginda Rasulullah shallallahu alaihi wasallam pun menangis mengingatkan betapa benarnya kata-kata orang Arab badwi itu. Air mata beliau meleleh membasahi janggutnya. Lantaran itu Malaikat Jibril turun lagi dan berkata:

“Ya Muhammad! Allah As-Salam menyampaikan salam kepadamu, dan bersabda: Berhentilah engkau dari menangis! Sesungguhnya kerana tangismu, penjaga Arasy terlupa bacaan tasbih dan tahmidnya sehingga tergoncang Arasy yang dijaganya. Katakan kepada temanmu itu, bahawa Allah SWT tidak akan menghisab dirinya, juga tidak akan memperhitungkan kemaksiatannya. Allah SWT sudah rnengampuni semua kesalahannya dan ia akan menjadi temanmu di syurga.

Betapa sukanya orang Arab badwi itu mendengar berita tersebut. la lalu menangis kerana tidak berdaya menahan rasa terharu terhadap Agungnya rahmat Ilahi Rabbi dan juga kasih sayang Baginda shallallahu alaihi wasallam kepada nya.

0 ulasan:

Catat Ulasan