Pages

Subscribe:

Jumaat, 26 April 2013

ANAK ADALAH ASET

♥ ANAK ADALAH ASET ♥

♥ Jika seseorang inginkan anak-anaknya berguna setelah kematian nya.
♥ Maka dia perlulah berusaha menjadikan mereka sebaik dan sesoleh nya.
♥ Kesimpulannya keuntungan seseorang di tentukan oleh kejayaan nya.
♥ Dalam mendidik anak-anak nya menjadi insan yang berguna.

♥ Anak adalah aset ibu bapa sebagaimana Baginda Rasulullah shallallahu alaihi wasallam telah bersabda :
♥ Sesungguhnya sebaik-baik yang kamu makan adalah yang kamu perolehi dari usaha kamu dan sesungguhnya anak-anak itu termasuk usaha kamu.
( H.R.Imam At-Tirmidzi, An-Nasa'i dan Ibnu Majah ).

♥ Seterusnya Baginda Bersabda shallallahu alaihi wasallam pula :
♥ Sesungguhnya ALLAH akan mengangkat darjat seseorang hamba yang soleh di Syurga.
♥ Hamba tadi lantas bertanya : Ya Rabb ! Bagaimana saya boleh mendapat darjat ini
♥ ALLAH menjawab : Ini kerana istighfar anak mu untuk mu.
( H.R.Imam Ahmad dengan sanad yang sahih ).

♥ Seterusnya Baginda Rasulullah shallallahu alaihi wasallam bersabda :
♥ Orang yang MANDUL adalah orang yang mempunyai banyak anak tetapi anak-anak nya tidak dapat memberi manafaat kepada nya sesudah ia meninggal dunia.
( Al-Hadith ).

0 ulasan:

Catat Ulasan