Pages

Subscribe:

Sabtu, 6 April 2013

♥ LAWAN LAPAN DENGAN LAPAN ♥

♥ MUTIARA KATA HUKAMA' :

♥ Barangsiapa yang tidak sanggup mengerjakan delapan.
♥ Maka hendaklah berbuat delapan.
♥ Untuk mencapai pahala yang delapan :
♥ 1. Barangsiapa yang inginkan pahala solat malam sedangkan dia ketiduran.
♥ Maka pada sianghari nya janganlah ia melakukan kemaksiatan.

♥ 2. Barangsiapa yang ingin mendapat pahala orang puasa sunat dan kelebihan.
♥ Padahal dia tidak berpuasa kerana keuzuran.
♥ Maka hendaklah ia menjaga lidah nya dan pertuturan.

♥ 3. Barangsiapa yang inginkan kelebihan para Ulama' dan kesungguhan.
♥ Maka hendaklah suka berfikir dan mengambil pengajaran.

♥ 4. Barangsiapa yang inginkan pahala orang yang jihad pada jalan Tuhan.
♥ Maka hendaklah ia berjihad melawan syaitan.

♥ 5. Barangsiapa yang ingin mendapatkan pahala sedekah sedangkan ia tidak dapat berbuat demikian.
♥ Maka hendaknya mengajarkan kepada orang lain apa yang telah di dengar dari ilmu pengetahuan.

♥ 6. Barangsiapa yang ingin mendapatkan pahala hajji dan ganjaran.
♥ Sedangkan ia tiada kuasa untuk pergi kerana tiada berkemampuan.
♥ Maka hendaklah ia melazimi solat berjemaah di mesjid berdekatan.

♥ 7. Barangsiapa yang ingin mencapai fadhilat ahli ibadat dalam berbuat amalan.
♥ Maka hendaklah ia memperbaiki persengketaan dan jangan menimbulkan permusuhan.

♥ 8. Barangsiapa yang ingin mencapai pahala orang-orang yang abdaal dan di terima di sisi Tuhan.
♥ Maka hendaklah ia menekan dada nya dan redha untuk kawan nya apa yang ia redha untuk diri nya dalam menerima ketentuan.

( Dari Kitab Tanbihul Ghafilin).

0 ulasan:

Catat Ulasan