Pages

Subscribe:

Jumaat, 5 April 2013

~* FADHILAT SELAWAT ~*


♥ FADHILAT SELAWAT ♥

♥ Memperoleh curahan rahmat dan kebajikan daripada Allah dengan sebaik-baik nikmat.
♥ Menghasikan kebaikan meninggikan kedudukan dan menghapuskan kejahatan.
♥ Memperoleh pengakuan kesempurnaan iman.
♥ Menjauhkan kerugian dan penyesalan malah di golongkan di dalam kalangan orang-orang yang berbuat kebaikan.
♥ Mendekatkan diri kepada Tuhan.
♥ Memperoleh ganjaran pahala seperti memerdekakan hamba.
♥ Menghasilkan pertolongan ( syafaat) di hari kemudian.
♥ Memperoleh keredhaan dari Malaikatur Rahman.
♥ Memperoleh hubungan yang rapat dengan Nabi s.a.w. Seseorang yang berselawat dan memberi salam kepada Nabi maka selawat dan salam nya itu di sampaikan Malaikat kepada Nabi sendiri.
♥ Membuka kesempatan berbicara dengan Nabi tercinta.
♥ Menghilangkan kesusahan kegundahan dan meluaskan rezeki kurniaan Tuhan.
♥ Melapangkan dada. Apabila seseorang membaca selawat 100 kali maka Allah akan melapangkan dada nya dan memberikan sinar yang terang benderang ke dalam hati nya.
♥ Menghapuskan dosanya. Barangsiapa yang membaca selawat tanda cinta kepada Nabi nya maka Allah akan menghapuskan dosa nya.
♥ Menggantikan sedeqah bagi yang tidak mampu bersedeqah.
♥ Melipatgandakan pahala. Apabila seorang hamba berselawat pada hari Jumaat maka Allah menurunkan rahmat berlipat ganda ke atasnya.
♥ Mendekatkan kedudukan kepada Rasulullah s.a.w. di hari Kemudian.
♥ Menyebabkan doa di terima di sisi Allah.
♥ Melepaskan diri dari kebingungan di hari Kiamat. Apabila seseorang meninggalkan selawat ke atas Nabi maka dia akan menghadapi kebingungan dan kekacauan di hari Mahsyar.
♥ Memenuhi suatu hak Nabi atau menunaikan suatu tugas ibadat yang di wajiban ke atas sekelian umat Muhammad.
(^_^)v♥♥♥~*

0 ulasan:

Catat Ulasan