Pages

Subscribe:

Ahad, 23 Disember 2012

~* ERTI KEHIDUPAN ~*


♥ Kesenangan BADAN terletak pada sedikit nya MAKAN.
♥ Kesenangan PERASAAN terletak pada sedikit nya KEJAHATAN.
♥ Kesenangan HATI terletak pada sedikitnya KEBENCIAN.
♥ Kesenangan LISAN terletak pada sedikitnya PERTUTURAN.
♥ Kesenangan FIKIRAN terletak pada sedikitnya KERAKUSAN.

♥ Seorang HAKIEM telah berkata : Jangan memikirkan 3 perkara :
♥ Janganlah memikirkan KEMISKINAN kerana ia akan menyebabkan KERISAUAN dan menambah KERAKUSAN.
♥ Janganlah memikirkan PENGANIAYAAN ( kezaliman ) orang ke atas mu kerana ia akan menyebabkan KERAS nya HATI mu dan menambah KEMARAHAN mu.
♥ Janganlah memikirkan untuk MENETAP lama di dunia kerana ia akan menjadikan kamu mencintai keduniaan. Menunda-nunda amal perbuatan dan MELALAIKAN Hari Kemudian.

♥ HIKMAT KEBIJAKSANAAN itu timbul dari EMPAT keadaan :
♥ BADAN yang kosong dari KESIBUKAN ( dunia ).
♥ PERUT yang kosong dari MAKANAN ( haram ).
♥ TANGAN yang kosong dari KEKAYAAN ( syubhat ).
♥ TAFAKUR dalam semua AMALAN.
♥ Dan ALLAH telah menetapkan tidak akan menerima kecuali :
♥ AMAL yang BAIK. ( Tiada Riya' )
♥ BADAN yang BAIK ( Tumbuh dari makanan yang baik )
♥ HARTA yang BAIK ( Halal ).

♥ Imam Ali bin Abi Thalib radhiallahu anhu berkata :
♥ RIYA' itu ada beberapa tanda :
♥ MALAS beramal apabila SENDIRIAN sahaja.
♥ RAJIN beramal di depan RAMAI nya manusia.
♥ Menambah amalnya apabila di puja.
♥ Mengurang amal nya apabila di cela.
(^_^)V♥♥♥~*

0 ulasan:

Catat Ulasan