Pages

Subscribe:

Khamis, 20 Disember 2012

~* SYAITAN MENGGODA MANUSIA ~*


♥ SYAITAN tidak mampu MENGGODA hamba TUHAN yang HATI nya penuh KEIKHLASAN.
( Surah Al-Hijr ayat 39 ).

♥ Syaitan MENGGODA manusia dengan beberapa perkara :

♥ Pertama : Menggoda manusia supaya JEMU.
Bila jemu melanda jiwa semua perkara TAK BEST belaka. Kalau jemu ini tidak di isi dengan DZIkRULLAH dan perkara yang bermanafaat dalam hatinya maka Syaitan masukkan racun berbisa KESERONOKAN DUNIA.

♥ Kedua : Menggoda manusia rasa TIADA HORMAT.
Bila tiada rasa hormat hidup saling MELUAT MELUAT. Orang yang berjaya saling MENGHARGAI dan MENGHORMATI manusia. Untuk mendapat KASIH SAYANG manusia HARGAI dan HORMATI perasaan mereka. Barangsiapa yang menanam KESOMBONGAN maka tumbuhlah KEBENCIAN.

♥ Ketiga : Syaitan menggoda manusia dengan BURUK SANGKA.
Pandanglah manusia dengan KASIH SAYANG maka kamu akan melihat banyak KEBAIKAN. Bila melihat dengan KEBENCIAN tak akan terjumpa KEBAIKAN walaupun sebesar kuman. Kita membina KEBAHAGIAAN dengan berbaik sangka kepada MANUSIA dan berbaik sangka kepada YANG ESA.

♥ Keempat : Syaitan menggoda manusia dengan rasa TIDAK BERTIMBANG RASA. ( Tiada belas kasihan ).
Bila tiada BELAS KASIHAN maka di angkat KEMANUSIAAN.
Bila di angkat KEMANUSIAAN maka lahirlah KEZALIMAN.

♥ Kelima : Syaitan menggoda manusia dengan rasa RAKUS ( Tiada sifat Qanaah ).
Bertuahlah bagi manusia yang AKAL nya menjadi PEMIMPIN nya dan NAFSU nya menjadi TAWANAN nya. Qanaah itu PERBENDAHARAAN HARTA yang tiada habis-habis nya.

♥ Keenam : Syaitan menggoda manusia dengan rasa TIDAK PUAS HATI.
Kita tidak BAHAGIA dan TENANG kerana kita tiada CINTA dan KASIH SAYANG. Hukamak berkata :
Buah ILMU adalah AMAL IBADAH kita.
Buah AMAL adalah AKHLAQ MULIA.
Buah AKHLAQ adalah RAMAH MESRA.

♥ Ketujuh : Syaitan menggoda manusia dengan rasa : AKU SENTIASA BETUL. ( Menghiasi cantik kemaksiatan ).
Kita lebih cepat menghukum manusia kerana KESALAHAN NYA tetapi lambat membalas segala BUDI BAHASA dan KEBAIKAN NYA.
ALLAH tidak menciptakan kesempurnaan kepada manusia supaya kita saling MENCUKUPKAN dan saling MENGEMBIRAKAN.

♥ Kelapan : MENDZALIMI.
Bila kita turutkan semua rasa MENGGODA yang Syaitan cipta maka lahirlah pokok kepada segala rasa kejahatan ia itu KEZALIMAN.

♥ Jangan hidup dalam DERHAKA.
♥ ALLAH murka kepada kita.
♥ NGERI lah kita pada NERAKA.
♥ Bahan bakar nya BATU dan MANUSIA.

♥ Tingkatkan IMAN.
♥ Maniskan SENYUMAN.
♥ IKHLAS kan perbuatan.
♥ Raihlah KEMENANGAN.
(^_^)v♥♥♥~*

0 ulasan:

Catat Ulasan