Pages

Subscribe:

Rabu, 12 Disember 2012

~* RENUNGAN BERSAMA ~*

♥ Abdullah bin Mas'ud r.a. berpesan :
♥ Ramai orang yang terbuai hanyut dengan kenikmatan..
♥ Ramai pula orang yang terpedaya ( termakan fitnah) oleh pujian.
♥ Dan banyak juga orang yang tertipu oleh tertutup nya keaiban.

♥ Ramai orang yang lupa daratan kerana mendapat banyak kenikmatan.
♥ Ramai orang yang terkena fitnah ujian kerana banyak mendapat pujian.
♥ Ramai orang yang terpedaya dan lupa hari kemudian kerana banyak melupakan kesalahan.

♥ Sebahagian Hukama' berkata :
♥ Apabila Allah menghendaki kebaikan pada hamba Nya
♥ Maka DIA menjadikan hamba itu sebagai orang yang mengerti agama.
♥ Allah menjadikan ia zuhud terhadap dunia.
♥ Dan Allah menjadikan dia menyedari terhadap aib-aib diri nya.

♥ Janganlah berdukacita bila manusia tidak menghargai segala kelebihan yang kita ada.
♥ Tetapi hendalkah berdukacita bila kita tidak menyedari kekurangan-kekurangan kita.
♥ Manusia yang sibuk mencari-cari kesalahan manusia maka dia tidak mempunyai masa membaiki keburukan diri nya.
♥ Ingatlah ! Apabila kita menuding satu jari mencari kesalahan manusia
♥ Maka empat jari lagi akan menunjukkan kesalahan kita. (^_^)V♥♥♥~*.

0 ulasan:

Catat Ulasan