Pages

Subscribe:

Rabu, 12 Disember 2012

~* TIGA PERKARA YANG DAKU CINTA ~*

~* TIGA PERKARA YANG DAKU CINTA ~*

♥ Sekali peristiwa Baginda Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam duduk bersama-sama dengan para sahabatnya dan Beliau telah bersabda :
♥ Di antara dunia mu ada TIGA perkara yang menyenangkan hati ku iaitu :
♥ Wangi-wangian.
♥ Wanita.
♥ Solat (penyejuk mata ku).

♥ Kemudian Sayyidina Abu Bakar radhiallahu anhu berkata :
♥ Betul engkau wahai Rasulullah . Daku menghargai TIGA perkara ia itu :
♥ Melihat wajah mu Ya Rasulullah .
♥ Membelanjakan harta kekayaan ku atas mu.
♥ Dan putri ku menjadi isteri mu Ya Rasulullah.

♥ Kemudian Sayyidina Umar bin Khatthab radhiallahu anhu berkata :
♥ Betul engkau wahai Abu Bakar.
♥ Dan TIGA perkara yang paling daku cintai adalah :
♥ Menegakkan kebenaran.
♥ Mencegah kemungkaran.
♥ Memakai pakaian yang bertampung.

♥ Kemudian Sayyidina Uthman bin Affan radhiallahu anhu berkata :
♥ Benar engkau wahai Umar.
♥ Di antara dunia ada TIGA perkara yang menyeronokkan daku ia itu :
♥ Memberi makan orang yang lapar.
♥ Memberi pakaian kepada orang yang telanjang dan
♥ Membaca Al-Quran.

♥ Kemudian Sayyidina Ali bin Abi Thalib radhiallahu anhu berkata :
♥ Benar engkau wahai Uthman.
♥ Dan daku paling cinta TIGA perkara ini ia itu :
♥ Melayani tetamu.
♥ Berpuasa pada hari yang panas terik dan
♥ Memancung kepala para musuh dengan pedang ku.

♥ Pada ketika itu Jibril alaihissalam pun muncul seraya berkata kepada Baginda Rasulullah shallallahu alaihi wasallam.
♥ Allah SWT telah mengutuskan daku supaya memberitahukan pada anda apa yang daku cintai sekiranya daku ini seorang manusia.
♥ Sahut Baginda Rasulullah shallallahu alaihi wasallam : Khabarkanlah kepada kami Ya Jibril.
♥ Jibril a.s. berkata : Sekiranya daku serupa anda daku akan cinta TIGA perkara :
♥ Memimpin orang yang sesat.
♥ Mengasihi mereka yang shalat dalam keadaan miskin dan papa.
♥ Membantu kerabat yang sengsara.

♥ Lebih lanjut Jibril menyatakan : Tuhan pemilik Keagungan mencintai TIGA perkara dari hamba-hamba NYA ia itu :
♥ Mengerahkan segala kekuatan untuk berbuat tha'at kepada Allah SWT.
♥ Menangis pada ketika bertaubat kerana berbuat maksiat.
♥ Sabar ketika miskin menahan lapar dan dahaga.
( Al-Hadith dari Kitab al- Munabbihat oleh Syaikh Ibnu Hajar Al-Asqalani ).

0 ulasan:

Catat Ulasan