Pages

Subscribe:

Isnin, 24 Disember 2012

~* KHAZANAH BERHARGA ~*


♥ Wahhab bin Munabbih telah berkata :
♥ Aku dapati pada sampul kitab At-Taurat dua puluh dua huruf ( kalimat) di mana orang-orang shalih kaum Bani Israil ( Yahudi) berkumpul lalu membaca dan mempelajarinya . Kalimat-kalimat itu adalah :
♥ Tiada gudang yang dapat di manafaatkan melebihi ilmu pengetahuan.
♥ Tiada harta yang paling menguntungkan melebihi kelembutan.
♥ Tiada perhitungan yang lebih merendahkan melebihi kemarahan.
♥ Tiada teman yang lebih mengelokkan melebihi amalan.
♥ Tiada kawan yang lebih memalukan melebihi kebodohan.
♥ Tiada kemuliaan yang lebih memuliakan melebihi ketaqwaan.
♥ Tiada kemurahan yang lebih menyempurnakan melebihi meninggalkan hawa nafsu kejahatan.
♥ Tiada amal yang paling diutamakan melebihi fikiran.
♥ Tiada kebaikan yang lebih tinggi melebihi kesabaran
♥ Tiada kejahatan yang lebih keji melebihi kesombongan.
♥ Tiada ubat yang lebih lunak melebihi kasih sayang.
♥ Tiada penyakit yang lebih menyakitkan melebihi lemah fikiran.
♥ Tiada utusan yang lebih adil melebihi kebenaran.
♥ Tiada dalil yang lebih menasehatkan melebihi kejujuran.
♥ Tiada kemiskinan yang lebih menghinakan melebihi kerakusan.
♥ Tiada kekayaan yang lebih mencelakakan melebihi menumpuk kekayaan.
♥ Tiada hidup yang lebih baik melebihi kesihatan.
♥ Tiada kehidupan yang paling tenteram melebihi menjaga kehormatan.
♥ Tiada ibadah yang lebih baik melebihi kekhusyukan.
♥ Tiada zuhud yang lebih berkebajikan melebihi kecukupan ( qanaah ).
♥ Tiada pengawal yang lebih memeliharakan melebihi menjaga lisan.
♥ Tiada barang yang jauh ( ghaib) yang lebih mendekatkan melebihi kematian.

0 ulasan:

Catat Ulasan