Pages

Subscribe:

Jumaat, 19 Oktober 2012

~* Bunga Cinta ~*


~* Di riwayatkan dari Imam Abu Hurairah r.a. berkata bahawa :
Baginda Rasulullah s.a.w. bersabda :
Orang yang beriman adalah orang yang mengasihi.
Tidak ada kebaikan bagi orang yang tidak mengasihi dan di kasihi.
( H.R Imam Ahmad ).

Ibnu Umar r.a. meriwayatkan bahawa Baginda Rasulullah s.a.w. bersabda :
Seorang muslim itu menjadi saudara muslim lain nya.
Kerana itu tidak di perbolehkan seorang muslim menganiaya saudaranya.
Juga tidak boleh seorang muslim itu menghina saudara muslim lain nya.
Dan barangsiapa yang memberikan pertolongan ( memenuhi hajat keperluan saudaranya ) maka Allah akan memenuhi dan menyelesaikan segala keperluan hajatnya.
Dan barangsiapa yang memberikan kemudahan / kelapangan bagi kesusahan seorang muslim maka nescaya Allah melapangkan kesusahan nya di hari kiamat.
( H.R.Imam Bukhari dan Muslim ). ~*

0 ulasan:

Catat Ulasan