Pages

Subscribe:

Ahad, 28 Oktober 2012

~* Hidup mulia dengan Taqwa ~*


Manusia itu selalu lupa akan diri nya.
Maka ilmu itu di ulang-ulang untuk mengingatkan nya.

Imam Mu'az bin Jabal r.a. meriwayatkan bahawa :
Baginda Rasulullah s.a.w. bersabda :

Jika datang Hari Qiamat atau hari kerugian atau hari penyesalan.
Maka umat ku akan di halau oleh Allah SWT dari kubur mereka menjadi dua belas golongan.

Golongan pertama :
Mereka di halau dari kubur mereka tidak bertangan dan tidak berkaki.
Kemudian mereka di panggil di hadapan Allah.
Mereka ini terdiri dari orang-orang yang menyakiti jiran tetangga.
Dan mati sebelum meminta maaf dan bertaubat atas dosanya.
Itulah balasan mereka dan tempat kembali mereka adalah ke Neraka.

Golongan kedua :
Mereka yang di bangkitkan dari kuburnya dengan rupa binatang berupa babi. Mereka di giring di hadapan Allah untuk pengadilan. Mereka ini terdiri dari mereka yang memandang ringan kefardhuan tuntutan sembahyang dan mati sebelum bertaubat kepada Tuhan.
Itulah balasan mereka dan tempat kembali mereka adalah ke Neraka.

Golongan ketiga :
Mereka yang di bangkitkan dari kuburnya dengan perut mereka besar di penuhi dengan ular dan kala.
Mereka di giring ke Neraca pengadilan Tuhan.
Mereka adalah orang-orang yang tidak mahu membayar zakat dan mati sebelum bertaubat.

Golongan keempat :
Orang-orang yang di bangkitkan dengan keadaan darah yang mengalir dari mulutnya. Isi perutnya terburai keluar di samping api yang bernyala-nyala. Mereka di bawa ke pengadilan Tuhan. Mereka adalah orang-orang yang berdusta dan melakukan penipuan di dalam perniagaan. Mereka mati sebelum bertaubat kepada Tuhan.

Golongan kelima :
Mereka adalah orang-orang yang di bangkitkan dari kuburnya dalam keadaan yang sungguh busuk melebihi bangkai bau nya. Mereka di giring di muka pengadilan. Mereka ini terdiri daripada orang-orang yang cuba merahsiakan kemaksiatan dan kejahatan yang mereka lakukan. Mereka mati sebelum bertaubat kepada Tuhan.

Golongan keenam :
Mereka adalah orang-orang yang di bangkitkan dari kuburnya dalam keadaan terputus-putus lehernya. Mereka di bawa menghadap di hadapan Tuhan NYA. Mereka adalah orang-orang yang menjadi saksi palsu dan pendusta yang mati sebelum bertaubat kepada Tuhan Nya.

Golongan ketujuh :
Mereka adalah orang-orang yang di bangkitkan dari kubur nya dengan tidak berlidah. Mulut mereka mengalir dengan darah dan nanah. Mereka di bawa ke pengadilan Tuhan. Ini adalah keadaan orang yang melarang dan mencegah orang lain membuat kesaksian terhadap sesuatu kebenaran. Mereka mati sebelum bertaubat kepada Tuhan.

Golongan kelapan :
Mereka adalah orang-orang yang di bangkitkan dari kuburnya dalam keadaan terpusing balik dengan kaki di atas kepala. Sementara dari pada faraj ( kemaluan ) mereka keluar nanah yang panas mendidih.
Dalam keadaan demikian mereka di giring di hadapan Tuhan. Mereka ini adalah orang yang melakukan perzinahan dan mati sebelum bertaubat kepada Tuhan.

Golongan kesembilan :
Golongan ini di bangkitkan dari kuburnya dalam keadaan wajah yang hitam pekat dan matanya terjojol keluar dengan perutnya berisi api. Mereka ini di heret di hadapan Tuhan dalam keadaan demikian. Mereka adalah orang-orang yang memakan harta anak yatim tanpa belas kasihan dan mati sebelum bertaubat kepada Tuhan.

Golongan kesepuluh.
Mereka yang di bangkitkan dari dalam kuburnya dengan keadaan kulitnya berbelang-belang dan berkudis-kudis. Mereka di bawa di hadapan Tuhan dalam keadaan demikian. Mereka adalah orang-orang yang menyakiti kedua ibu bapanya dan mati sebelum bertaubat kepada Tuhan Nya.

Golongan kesebelas.
Golongan ini di bangkitkan dari kuburnya dalam keadaan yang buruk rupanya. Bergigi besar. Bibir terkeluar ke paras dada. Lidahnya terkeluar dari mulut nya. Dan perut mereka membuncit ke paras peha. Mereka di bawa ke hadapan Allah dalam keadaan buruk dan keji rupa nya. Mereka ini adalah orang-orang yang minum arak dan mati sebelum bertaubat kepada Tuhan Nya. Mereka di masukkan ke dalam Neraka.

Golongan keduabelas :
Golongan ini di bangkitkan dari kuburnya dengan muka berseri-seri.
Mereka melintas Shirathul Mushtaqim secepat kilat.
Mereka adalah orang-orang yang mengerjakan amal soleh. Melarang melakukan kemaksiatan. Mereka menunaikan solat lima waktu dan mereka mati dalam bertaubat kepada Tuhan nya. Balasan mereka adalah Syurga dengan keampunan dan rahmat Allah mereka kekal di dalam nya.

0 ulasan:

Catat Ulasan