Pages

Subscribe:

Jumaat, 19 Oktober 2012

~* Hak jiran tetangga ~*

♥ Jahatkah kita ?
♥ Atau baikkah kita ?
♥ Maka tanyalah pada jiran tetangga kita.
Imam Al-Baihaqi meriwayatkan :
Ada seseorang bertanya :
Ya Rasulullah ! Tunjukkanlah pada ku amal perbuatan yang bila aku amalkan
Maka aku akan masuk syurga.
Baginda bersabda : Jadilah orang yang baik.
Maka ia bertanya : Ya Rasulullah ! Bagaimana kah aku akan mengetahui bahawa
Aku telah berbuat baik ?
Jawab Nabi s.a.w. : Tanyakan pada tetangga mu. Maka bila mereka berkata :
Anda baik maka anda benar-benar baik.
Dan bila mereka berkata bahawa : Anda jelek ( jahat ) maka anda benar-benar seorang yang jahat.
( H.R. Imam Bukhari ).

Mu'awiyah bin Jundub r.a. berkata :
Ya Rasulullah ! Apakah kewajipan tetangga terhadap tetangga nya ?
Jawab Nabi s.a.w. :
♥ Jika sakit anda kunjungi nya.
♥ Jika mati anda hantar jenazah nya.
♥ Jika meminta meminjam wang maka anda pinjamkan nya.
♥ Jika ada kekurangan anda tutupi nya.
♥ Dan bila ia mendapat kebaikan maka anda raikan nya.
♥ Dan bila ia mendapat kesusahan ( cobaan ) maka anda hibur kan nya.
♥ Dan jangan meninggikan bangunan sehingga menghalang datangnya angin kepada nya.
♥ Dan jangan di ganggu dengan bau masakan mu melainkan anda memberinya hadiah dari masakan mu itu kepadanya. ~*

0 ulasan:

Catat Ulasan