Pages

Subscribe:

Sabtu, 6 Oktober 2012


~* Barangsiapa yang banyak hartanya..
Kaya jiwanya maka bersegeralah berkorban untuk diri nya.
Berkorban itu mensucikan hartanya.
Berkorban itu menyucikan jiwanya.
Berkorban itu mengembirakan saudaranya.

Berkorban itu perkongsian rasa dan harta.
Berkorban itu menjadi keselamatan atasnya.
Berkorban itu memuliakan akhlaqnya.
Berkorban itu menurunkan berkat buatnya.

Baginda Rasulullah s.a.w. bersabda :
Sebaik-baik umatku adalah mereka yang mahu berkorban.
Seburuk-buruk umatku adalah mereka yang tidak mahu berkorban.
( Hadith Shahih).

Baginda Rasulullah s.a.w. bersabda :
Ketahuilah. Sesungguhnya korban itu termasuk amal perbuatan yang menyelamatkannya.
Dia menyelamatkan orang yang korban dari kejahatan di dunianya dan di akhiratnya.
( Al-Hadith ) Kitab Zubdatul Waa'izdiina.

Baginda Rasulullah s.a.w. bersabda :
Barangsiapa yang mengerjakan solat seperti solat kami
Dan mengerjakan ibadat haji seperti ibadat haji kami.
Maka dia termasuk golongan kami.
Dan barangsiapa yang tidak mengerjakan solat seperti solat kami
Dan tidak mahu berkorban apabila dia orang kaya
Maka dia tidak termasuk golongan kami.
( Al-Hadith ). Kitab Durratun Nasihin. ~*

0 ulasan:

Catat Ulasan