Pages

Subscribe:

Rabu, 17 Oktober 2012

~* Selagi ada waktu ~*

~* Di ceritakan bahawa beberapa orang Nabi telah berkata kepada Malaikat Maut :
Tidakkah engkau mempunyai utusan yang engkau kirimkan terlebih dahulu sebagai peringatan kepada manusia ?
Malaikat Maut menjawab :

Demi Allah ! Aku mempunyai banyak utusan seperti sakit dan penyakit. Uban, tua, pudar pendengaran dan kurang penglihatan.
Apabila orang yang di timpa perkara-perkara ini tidak mahu mengambil peringatan dan tidak mahu bertaubat kepada Tuhan maka tatkala mencabut nyawanya aku katakan :
Bukankah aku telah utuskan utusan demi utusan dan peringatan demi peringatan ? Akulah utusan yang tidak ada lagi utusan selepas ku dan aku adalah pemberi peringatan yang tidak ada lagi pemberi peringatan selepas ku.
Setiap hari Malaikat Maut akan menyeru :
Hai orang-orang yang telah mencecah usia empat puluhan.
Ini waktu nya kamu membuat perbekalan.
Fikiran mu masih cerdas dan tubuhmu penuh kekuatan.
Hai orang-orang yang telah mencecah usia lima puluhan.
Telah hampir waktu pengambilan dan penuaian.
Hai orang-orang yang telah mencecah usia enam puluhan.
Kamu lupa kepada balasan seksa dan kamu lalai menyahut seruan.
Padahal kamu tidak mempunyai sebarang pertolongan. ~*

Oleh Abu Al-Faroj Al-Jauzi di dalam Kitab Raudhatul Musytaq Wa Al-Tariq Ila Maliki Al-Khallaq.

0 ulasan:

Catat Ulasan