Pages

Subscribe:

Rabu, 30 Januari 2013

~* MURAH SAJA HARGA NYA ~*

♥ MURAH SAJA HARGA NYA ♥

♥ Pada suatu hari Imam Malik bin Dinar berjalan-jalan di kota Basrah. Di tengah perjalanan ulamak tersohor itu terpandang se buah kenderaan yang di dalam nya terdapat beberapa penumpang.
♥ Berdasarkan pakaian mereka Imam Malik tahu salah seorang wanita di dalam kenderaan itu adalah hamba. Beberapa orang lagi yang duduk di sisi nya pula ia lah para pelayan mahligai milik seorang pembesar kerajaan.
♥ Imam Malik lantas menahan kenderaan itu dan bertanya kepada wanita berkenaan :
♥ Puan ! Apakah engkau akan di jual oleh tuan mu ?
♥ Kalau ya apakah engkau akan membeli ku wahai pak cik tua ? Hmba sahaya itu bertanya semula kepada Imam Malik.Ya tapi kalau boleh aku mahu membeli yang lebih baik daripada kamu. Balas ulamak yang terkenal dengan kebijaksanaan nya berdakwah itu.
♥ Hamba itu tertawa mendengar nya. Dia segera mempelawa Imam Malik mengikuti nya pulang ke Mahligai. Sampai di sana wanita berkenaan yang masih tidak mengetahui siapa sebenar nya Imam Malik memperkenalkan Ulamak itu kepada tuan nya.
♥ Pembesar tersebut memandang Imam Malik dari atas ke bawah kemudian bertanya Wahai orang tua. Apakah tujuan kedatangan mu ke mari ?
♥ Juallah hamba sahaya tuan ini kepada ku jawab Imam Malik sambil tersenyum.
♥ Boleh kata pembesar itu. Kemudian dia bertanya : Sanggupkah engkau membeli nya?
♥ Tidak akan menjadi masalah kepada ku hendak membayar nya kerana harga nya tidak lebih dari dua biji kurma yang berulat. Imam Malik membalas dengan nada mengejek.
♥ Merah padam muka pembesar mendengar kata-kata ulamak tersebut. Maruah nya tercalar. Mengapa tidak. Merendahkan nilai hamba nya seteruk itu serupalah makna nya menginjak air muka beliau.
♥ Hah mengarut ! Bagaimana boleh demikian murah nya ? tanya pembesar dengan suara meninggi.
♥ Kerana banyak cacat cela nya tuan. Jawab Imam Malik lembut.
♥ Sekali lagi darah pembesar menyirap. Di renung nya Imam Malik dan dengan suara keras beliau bertanya kepada ulamak itu. Hei orang tua ! Cuba tunjukkan kepada ku di mana cacat cela nya hamba ku ini ? soal pembesar.
♥ Imam Malik memandang kepada wanita berkenaan kemudian berpaling kepada pembesar tersebut. Tuan ! Jika wanita ini tidak memakai minyak wangi bau badan nya hapak. Jika dia tidak menggosok gigi mulut nya juga berbau busuk. Kalau dia tidak menyisir dan memakai minyak rambut kutu nya keluar dan rambut nya kusut.
♥ Kemudian apabila tua badan nya yang cantik ini menjadi bongkok dan kulit nya berkedut. Dia mengeluarkan haid mengeluarkan kencing dan banyak kotoran kata Imam Malik.
♥ Selepas mengeluarkan kata-kata yang pedas itu Imam Malik menyambung : Tuan ! Hamba mu ini mungkin hanya mencintai diri nya saja. Boleh jadi mencintai mu juga. Tapi tahukah tuan, dia tidak akan memenuhi janji nya kepada mu dia tidak akan mencintai mu kemudian tiada seorang pun yang sanggup memiliki nya selepas kamu.
♥ Walaupun begitu aku dapat memperoleh seorang hamba wanita dengan harga yang lain daripada yang engkau minta untuk hamba sahaya mu ini kata Imam Malik.
♥ Siapa hamba sahaya yang engkau maksudkan itu wahai orang tua ? tanya pembesar.
♥ Tuan ! Hamba sahaya yang daku maksudkan ini di ciptakan dari inti sari mata air di Syurga. Jika air asin di campur dengan air liur nya ia akan menjadi teramat lazat. Seandai nya orang mati di pangil dengan suara nya nescaya mayat itu akan menjawab balik panggilan nya. Jika pergelangan tangan hamba itu terkena sinaran matahari justeru matahari yang akan malap dan suram cahaya nya.
♥ Seandai nya kita lihat hamba ini pada waktu malam maka cahaya nya akan terang benderang. Dan jika dia menghadap ke segala penjuru dengan perhiasan dan pakaian nya maka pemandangan indah akan terserlah.
♥ Hamba sahaya idaman ku itu muncul di antara taman-taman misik ( minyak kasturi ) dan za'faran ( tumbuh-tumbuhan untuk campuran ubat dan minyak wangi ) Dia tidak pernah memungkiri janji kerana kasih sayang nya sejati.
♥ Selesai memberi gambaran indah tentang hamba wanita itu Imam Malik bertanya kepada pembesar yang sejak tadi tercengang mendengar kata-kata nya : Tuan ! Di antara hamba sahaya tuan dengan hamba sahaya yang saya ceritakan tadi manakah yang lebih tinggi harga nya ?
♥ Tentu sahaja yang engkau ceritakan itu jawab pembesar.
♥ Harganya tidak terlalu mahal. Tuan juga boleh memiliki nya kata Imam Malik sambil tersenyum.
♥ Tidak mahal ? ! ! Tanya pembesar yang terkejut dengan kata-kata Imam Malik. Kalau begitu berapa harga nya ?
♥ Sedikit saja. Yakni tuan sediakan sedikit waktu di malam hari dan khususkan waktu yang tidak lama itu untuk solat dua rakaat kepada Tuhan mu.
♥ Kemudian ketika hendak makan ingatlah kepada orang yang lapar. Utamakanlah ALlAH daripada syahwat mu. Singkirkan batu dan kotoran dari jalan dan gunakan hari-hari mu dengan bekal secukup nya untuk hari kemudian. Tuan ! Hilangkanlah keinginan nafsu jahat mu. Hindari tempat yang penuh kelalaian dan hiduplah di dunia secara mulia supaya kelak tuan tuan datang ke tempat yang mulia dalam keadaan yang aman dan kekal di Syurga.
♥ Pembesar terpukul dengan kata-kata Imam Malik yang padat dengan sindiran itu. Beliau tunduk memandang lantai manakala hati nya yang marah tadi menjadi sejuk.Nur keinsafan serta merta mereap ke sanubari pembesar itu. Lebih-lebih lagi apabila mengenangkan betapa lalai nya dia dengan kemewahan dunia sehingga lupa kepada yang Maha Esa. Lantas pembesar itu memanggil hamba nya.
♥ Wahai hamba sahaya : Apakah engkau mendengar apa yang di ucapkan oleh orang tua ini ? tanya pembesar kepada hamba nya.
♥ Dengar tuan jawab hamba nya.
♥ Apakah ia benar atau berdusta ?
♥ Benar. Dia berbuat baik dan memberikan nasehat.
♥ Jika demikian kata pembesar : engkau ku bebaskan. Demi redha ALLAH kebun ini dan sebahagian harta ku berikan kepada mu sebagai sedeqah.
♥ Setelah itu beliau memanggil pula para pelayan nya supaya datang mengadap.
Wahai para pelayan. Kalian juga ku bebaskan. Ku berikan kebun untuk kalian manakala istana dan seluruh isi nya ku nafkahkan di jalan ALLAH.

0 ulasan:

Catat Ulasan