Pages

Subscribe:

Ahad, 2 Disember 2012

~* DUA PULUH GOLONGAN MENJADI MUSUH IBLIS YANG DI LAKNAT TUHAN ~*


♥ DUA PULUH GOLONGAN MENJADI MUSUH IBLIS YANG DI LAKNAT TUHAN ♥

♥ Ibnu Abbas radhiallahu anhu meriwayatkan bahawa :
♥ Baginda Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallah telah bertanya kepada Iblis :
♥ Wahai Iblis ! Ada berapa MUSUH mu dari kalangan umat ku ?
♥ Iblis menjawab : Ada 20 musuh ku dari kalangan umat mu.

♥ Pertama : Engkau sendiri wahai Muhammad kerana aku sangat benci kepada mu.
♥ Kedua : Orang Alim yang mengamalkan ilmu nya.
♥ Ketiga : Orang yang menghafal Al-Quran dan mengamalkan isi nya.
♥ Keempat : Orang yang azan ( muazzin ) kerana ALLAH TAALA dalam tiap solat fardhu yang lima.
♥ Kelima : Orang yang menyayangi fakir miskin dan anak-anak yatim seikhlasnya.
♥ Keenam : Pemuda yang hidup penuh taat kepada Tuhan NYA.
♥ Ketujuh : Orang yang halal makanan nya.
♥ Kelapan : Dua orang saudara yang saling mencintai kerana mencari redha Tuhan NYA
♥ Kesembilan : Orang yang bersemangat menunaikan solat berjemaah dalam hidup nya.
♥ Kesepuluh : Orang yang melakukan solat di malam hari sedangkan manusia lain nyenyak tidur nya.
♥ Kesebelas : Orang yang menahan diri nya daripada melakukan dosa.
♥ Kedua belas : Orang yang menasihati teman-teman nya dengan penuh keikhlasan dan budi bahasa.
♥ Ketiga belas : Orang yang sentiasa dalam keadaan berwudhuk dan tiada hadas pada diri nya.
♥ Keempat belas : Orang yang gemar melakukan kebaikan di dalam hidup nya kerana mencari redha Tuhan NYA.
♥ Kelima belas : Orang yang pemurah hati nya.
♥ Keenam belas : Orang yang bagus akhlaq nya ( perangai nya ).
♥ Ketujuh belas : Orang yang sentiasa bersyukur dengan pemberian rezeki yang di anugerahkan ALLAH kepada nya.
♥ Kelapan belas : Orang yang berzakat dan berinfaq dalam harta nya.
♥ Kesembilan belas : Orang yang memberikan khidmat baiknya kepada para janda yang menderita.
♥ Dua puluh. : Orang yang bersiap sedia menghadapi kematian nya.
( H.R.Ibnu Abbas radhiallahu anhu. Kitab Munabbihat Syeikh Ibnu Hajar Al-Asqalani ).

0 ulasan:

Catat Ulasan