Pages

Subscribe:

Sabtu, 18 Januari 2014

BARU KU MENGERTI


BARU KU MENGERTI

Di dalam sebuah Hadith Qudsi ALLAH telah berfirman kepada Nabi Musa alaihissalam
Wahai Musa ! Di antara hamba-hamba KU ada yang sekiranya meminta Syurga dan segala kelengkapan nya kepada KU nescaya KU beri.
Tetapi ada pula yang sekira nya meminta sesuatu yang senilai kulit cemeti tidak akan KU beri.
Bukanlah yang demikian itu di sebabkan hina menurut pandangan KU.
AKU ingin menyimpankan bagi nya di Akhirat kerana kemurahan KU.
AKU ingin menjaga nya dari dunia sebagaimana seorang pengembala menjaga kambing nya dari tempat yang merbahaya.
Wahai Musa ! Tidak AKU dorong orang fakir miskin meminta perlindungan kepada orang-orang kaya bukan kerana gudang-gudang KU sudah sempit bagi mereka atau Rahmat KU sudah tidak meliputi mereka tetapi kerana telah KU tetapkan sebahagian harta yang ada pada orang-orang kaya untuk mencukupi kehidupan fakir miskin.
AKU ingin menguji orang-orang kaya bagaimana ketaatan mereka dalam melaksanakan hak fakir miskin yang ada pada mereka.

Wahai Musa ! Apabila mereka telah melaksanakan hal itu nescaya ku sempurnakan nikmat KU kepada mereka dan KU lipatganda di dalam dunia satu kebaikan dengan sepuluh kali ganda ganjaran.
Wahai Musa ! Jadilah engkau :
Gudang kekayaan bagi fakir miskin.
Benteng pelindung bagi orang yang lemah.
Dan hujan nikmat bagi orang yang meminta perlindungan.
Nescaya AKU akan menjadi :
Kawan mu yang akrab dalam kesulitan.
Menjadi teman penghibur mu ketika engkau kesusahan.
Dan akan menjaga dan melindungi mu siang dan malam dalam kehidupan.
( Hadith Qudsi riwayat Ibnu Najjar dari Imam Anas radhiallahu anhu ).

0 ulasan:

Catat Ulasan