Pages

Subscribe:

Khamis, 23 Januari 2014

WASIAT YANG MENYUSAHKAN.


WASIAT YANG MENYUSAHKAN

Bukan semua wasiat WAJIB di sempurnakan.
Apatah lagi jika wasiat itu MENYUSAHKAN.
Sebagai contoh seorang Bapa yang sedang nazak menghadap kematian.
Berpesan kepada anak-anak nya supaya jenazah nya di kebumikan di Afrika Selatan.
Sedangkan mereka semua duduk di Kelantan.
Wasiat orang mati kepada orang hidup ini menyusahkan maka tidak wajib di sempurnakan.
Sementelah lagi mereka dalam kesusahan dan kemiskinan

Contoh kedua buat renungan.
Seorang ayah yang sedang nazak telah berpesan :
Kalau Ayah meninggal dunia kamu ambik kereta Tok Imam dan wakafkan.

Contoh ketiga buat selingan :
Seorang Ayah yang sedang nazak telah berpesan :
Kalau Ayah meninggal dunia maka jangan kebumikan jenazah Ayah selama TIGA hari kerana Ayah ada amalan.
Kalau ada jodoh pertemuan hiduplah Ayah balik selepas DUA hari sebab Ayah ada nyawa simpanan.

Islam itu INDAH. Islam itu MUDAH.
Insyaa Allah (^_^)V.

0 ulasan:

Catat Ulasan