Pages

Subscribe:

Khamis, 23 Januari 2014

BAJET BAGUS AMAL HANGUS

BAJET BAGUS AMAL HANGUS

Imam Al-Baihaqi radhiallahu anhu di dalam Kitab Syu'ab Al-Imam meriwayatkan daripada Al-'Ala bin Ziyad berkata :
Ada seorang lelaki yang selalu riak dalam amal ibadah nya.
Setiap kali hendak solat ia memakai wangian yang sangat harum lalu meninggikan suaranya ketika membaca surah untuk membangga diri nya.
Namun setiap kali ia berjumpa dengan manusia.
Mereka semua mencaci maki dan membenci nya.
Tidak lama kemudian ia mendapat hidayah dan mula menyembunyikan ibadah nya.
Sejak itu setiap kali berjumpa manusia.
Mereka memuji dan mendoakan nya.

Barangsiapa yang ingin di bukakan pintu hati nya.
Ingin di selamatkan daripada kesakitan maut yang bersangatan pedih nya.
Dan ingin mendapatkan kesejahteraan dari kengerian Hari Kiamat yang menimpa.
Maka hendaklah ibadah nya yang di sembunyikan nya.
Lebih banyak dari ibadah nya yang di lihat manusia.
Kitab Tartib Al-Madarik oleh Imam Al-Qadhi 'Iyadh.

Masruq radhiallahu anhu berkata :
Cukup seseorang menjadi AALIM bila TAKUT kepada ALLAH Rabb NYA.
Dan cukup seseorang menjadi BODOH kerana UJUB SOMBONG dengan AMAL nya.
Kitab Tanbihul Ghafilin.

0 ulasan:

Catat Ulasan