Pages

Subscribe:

Khamis, 23 Januari 2014

BERITA GEMBIRA BUAT BONDA

BERITA GEMBIRA BUAT BONDA

Ibu Tunggal atau Janda.
Jangan kita mencela mereka.
Menjadi janda bukan keinginan nya.
Jangan mengherdik jangan menghina.
Janda cerai atau di tinggal mati.
Jangan rasa kekurangan diri.
Kenapa janda harus di hina ?
Anda pernah menolong mereka ?
Atau banyak buruk prasangka ?
Makan pakai mereka usahakan.
Anak-anak mereka besarkan.
Nafkah keluarga mereka uruskan.
Di himpit dengan banyak tekanan.
Tanpa iman tergelincir landasan.
Jangan malu di ejek janda.
Malah anda harus berbangga.
Membina diri dan keluarga anda.
Tanpa kehadiran suami tercinta.
Bertahanlah kerana kamu memang berlian.
Beriring di belakang Rasul Junjungan.
Membuka pintu Syurga dambaan.
Di kau harus berani.
Alam tersenyum di musim semi.
Sinar tertawa di lembut mentari.
Musim gugur akan berganti.
Musim bunga menebar wangi.
Bukalah oh Tuhan ! Hati semua insan.
Agar mereka peka pada penderitaan.
Anak-anak yatim dan janda yang butuh pertolongan.
Tuntunlah Ya ALLAH Ya RAHMAN..
Musafir Janda menuju kebahagiaan.

0 ulasan:

Catat Ulasan