Pages

Subscribe:

Rabu, 29 Januari 2014

SEBARKAN SALAM


SEBARKAN SALAM

Imam Abu Hurairah radhiallahu anhu meriwayatkan bahawa :
Baginda Rasulullah shallallahu alaihi wasallam bersabda :
Kamu tidak akan masuk Syurga sampai kamu beriman ( Dengan iman yang sempurna )
Dan tidaklah kamu di sebut beriman sehingga kamu sekelian saling cinta mencintai.
Inginkah kamu ku tunjukki sesuatu bilamana kamu laksanakan maka kamu akan cinta mencintai ?
Tebarkanlah salam di kalangan kamu sekelian.
( H.R.Imam Muslim dan Abu Dawud ).

Salam sebagai pembuka segala ucapan.
Salam sebagai penunduk segala kesombongan.
Salam sebagai doa untuk teman.
Salam sebagai asas kasih sayang.
Salam sebagai awal belas kasihan.
Salam sebagai penyebab rahmat Tuhan.
Salam sebagai jalan menghidupkan sunnah akhir zaman.
Salam sebagai cara mendapatkan keampunan.
Salam sebagai pelengkap kebaikan.
Salam sebagai penambah kebajikan.
Salam sebagai benih kemesraan.
Salam sebagai tuntutan persaudaraan.
Salam sebagai satu sebab Malaikat mendoakan.
Salam sebagai satu jalan menuju kebahagiaan mendapat Syurga yang di janjikan.
Insyaa Allah (^_^)V.

0 ulasan:

Catat Ulasan