Pages

Subscribe:

Isnin, 13 Januari 2014

BERKAT SELAWAT

<3 BERKAT SELAWAT <3

<3 Diriwayatkan bahawa seorang lelaki berkata :
<3 Wahai Rasulullah ! Doa apakah yang lebih utama ?
<3 Baginda Rasulullah shallallahu alaihi wasallam bersabda  : Berselawat kepada ku
 <3 Lelaki itu berkata : Aku membuat sepertiga ibadahku berselawat kepadamu.
<3 Baginda Rasulullah shallallahu alaihi wasallam bersabda : Jika demikian engkau telah diberi petunjuk.
<3 Lelaki itu bertanya lagi : Aku menjadikan setengah dari ibadahku berselawat kepadamu.
<3 Baginda Rasulullah shallallahu alaihi wasallam bersabda  : Jika demikian  dicukupkan bagimu.
<3 Lelaki itu berkata lagi : Aku menjadikan seluruh Ibadahku dengan berselawat kepadamu.
<3 Baginda Rasulullah shallallahu alaihi wasallam bersabda : Barangsiapa yang menjadikan seluruh Ibadahnya berselawat kepadaku maka Allah akan menunaikan baginya seluruh kepentingan dunia akhirat.
( H.R. Imam At-Tirmidzi dan dikatakan hadith hasan).

<3 Sesungguhnya Allah SWT mewahyukan kepada Nabi Daud alaihissalam di dalam kitab Zabur : Wahai Daud ! Sesungguhnya akan datang selepasmu seorang Nabi yang namanya Ahmad dan Muhammad. Seorang yang terpecaya dan seorang pemimpin (umat seluruhnya). AKU tidak marah kepadanya dan ia tidak pernah marah kepada KU selama-lamanya.

<3 AKU telah mengampuni dosanya kepada KU dari dosa yang lampau dan akan datang. Umatnya umat yang dikasihi. AKU memberikan kepada mereka daripada perbuatan sunat seperti yang AKU berikan kepada para Nabi dan AKU memfardhukan kepada mereka apa yang AKU fardhukan kepada para Nabi dan Rasul sehingga mereka menjumpai KU pada hari Kiamat dan nur mereka laksana nurnya para Nabi dan Rasul  sehingga Allah berfirman :

<3 Wahai Daud !  AKU mengutamakan Muhammad dan umatnya seluruh umat.


0 ulasan:

Catat Ulasan