Subscribe:

Rabu, 22 Januari 2014

ANAK YATIM JANGAN LUPAKAN.


ANAK YATIM JANGAN LUPAKAN

Pembela anak yatim mendapat ganjaran.
23 kali disebut di dalam Al-Quran.
Yatim itu merujuk kepada kemiskinan dan kepapaan.
Mereka dalam golongan memerlukan perhatian.
Seperti orang punyai ibu dan ayah sebagai pembelaan.

Surah Al-Baqarah ayat 220 Allah berfirman.
Membaiki keadaan mereka adalah kebaikan.
Membelai anak yatim seperti rambut di usapkan.
Berbuat baik anak yatim lelaki dan perempuan.
Allah sediakan Syurga sebagai balasan.

Surah Ad Dhuha ayat 9 Allah berfirman.
Anak yatim jangan dilakukan sewenang wenang.
Allah beri ganjaran bagi setiap kesabaran.
Balasan Syurga dan kain sutera dalam ayat 12 surah Al-Insan.

Sikap zalim menerima balasan.
Surah Al-Ma’un ayat 1-3 ada mengingatkan..
Ciri hari akhirat orang yang mendustakan.
Tidak menganjurkan memberi orang miskin makan..
Muslimin memelihara anak yatim memberi minum dan makan.
Mendapat Syurga kecuali melakukan dosa yang tidak bolih diampunkan..

Banyak hikmah dan kebaikan.
Memberi rahmat dan kasih sayang.
Keluarga anak yatim berasakan ketenangan.
Di bawah peliharaan dan belas kasihan.
Meringankan beban dengan memberi sumbangan..
Yang di beri itu bukan ukuran.
Tapi yang penting itu adalah keikhlasan.

Semoga rezeki Allah lapangkan.
Allah tidak menyempitkan apa yang di infakkan.
Dia lah Pemberi dan meringankan.
Semoga di akhirat Allah menggantikan.
Surah Saba ayat 39 ada tercatat di dalam Al-Quran.

0 ulasan:

Catat Ulasan