Pages

Subscribe:

Sabtu, 15 November 2014

KEUTAMAAN AKAL

Setiap sesuatu yang ALLAH jadikan, di dalam nya terkandung banyak hikmah kebijaksanaan.Kelebihan burung pada kepak nya. Kelebihan gajah pada kuat nya dan kelebihan manusia pada akal nya.
Para Hukamak telah berkata : Anugerah yang paling berharga bagi seorang manusia adalah akal yang mampu menghindarkan diri nya dari melakukan kesalahan.
Jika tidak dapat demikian hendaklah ada perasaan malu yang dapat menjaga kehormatan dan menahan diri nya dari melakukan kehinaan.
Atau jika tidak dapat demikian maka hendaklah ada perasaan takut yang dapat mengekang diri nya dari melakukan kemungkaran.
Dan jika tidak boleh juga demikian maka hendaklah ada satu kemampuan yang dapat menutupi diri nya dari melakukan semua kejahatan.
Imam Ali radhiallahu anhu telah mengingatkan :
Ketinggian nilai diri seorang hamba terletak pada akal dan ilmu pengetahuan nya.
Terletak juga pada budi dan adab kesopanan nya.
Terletak juga pada usaha dan amal ibadah nya.
Terletak juga pada belas kasihan dan kedermawanan nya.
Terletak juga pada moral dan akhlak nya.
Ia nya sama sekali tidak terletak pada wajah , gaya dan kedudukan nya.
Imam Abu Hurairah radhiallahu anhu telah meriwayatkan bahawa Baginda Rasulullah shallallahu alaihi wasallam telah bersabda :
Kemuliaan seseorang itu terletak pada agama nya. Kemanusian seseorang itu terletak pada akal nya dan kebangsawanan seseorang itu terletak pada akhlaqnya.
Sebagai kesimpulan nya hendaklah kita percaya bahawa :
Keutamaan jiwa adalah kemurahan.
Keutamaan badan adalah kesabaran.
Keutamaan lisan adalah kejujuran.
Keutamaan budi adalah keikhlasan.
Keutamaan hati adalah keberanian.
Dan keutamaan akal adalah kebijaksanaan.

0 ulasan:

Catat Ulasan