Pages

Subscribe:

Rabu, 5 November 2014

SAHABAT KITA SAUDARA KITA


SAHABAT KITA SAUDARA KITA

Para Pujangga telah berkata : SAHABAT itu umpama PERMATA.
Susah mendapatkan nya tetapi sangat besar NILAI nya.
Besar HARGA nya kerana menjadi LADANG PAHALA buat kita.
Malah ada SYAFAAT yang dapat di berikan kepada kita semua.
Baginda Rasulullah shallallahu alaihi wasallam telah bersabda :
Sebaik-baik SAHABAT di sisi ALLAH adalah orang yang TERBAIK terhadap teman nya dan sebaik-baik JIRAN di sisi ALLAH adalah orang yang TERBAIK terhadap jiran nya.
Makna nya SEKASIH-KASIH ALLAH kepada HAMBANYA
Adalah SEKASIH-KASIH hambanya terhadap SAUDARA nya.
( H.R. Al-Hakim )
Di dalam riwayat yang lain para sahabat pernah bertanya Baginda :
Ya Rasulullah ! Apakah menolong binatang mendapat pahala ?
Jawab Baginda : Di dalam semua yang BERNYAWA ada PAHALA.
Makna nya bila menolong apa sahaja yang BERNYAWA maka ada PAHALA di dalamnya.
Kitab Tanbihul Ghafilin.
Imam Al-Hasan Al-Bashri radhiallahu anhu telah memberi ingat.
Perbanyakkanlah sahabat-sahabat Mukmin mu kerana mereka memiliki SYAFAAT pada Hari Qiamat.
Selanjutnya Baginda bersabda :
Di Hari Kiamat nanti para Nabi , Malaikat dan kaum Mukminin akan memberika SYAFAAT mereka lalu ALLAH Subhanahu Wa Taala berfirman yang bermakna : Kini hanya SYAFAAT KU yang tersisa.
( Shahih Al-Bukhari )
Syeikh Aidh Al-Qarni telah bermadah pujangga dengan kata hikmah nya
Ketika diri anda di liputi kesedihan dan dukacita.
Maka berbuat baiklah terhadap sesama manusia.
Berilah SEDEQAH kepada orang yang PAPA.
Bantulah orang-orang yang TERANIAYA.
RINGANKAN beban orang-orang yang MENDERITA.
Berilah minum orang yang DAHAGA.
ZIARAHI orang sakit dan hiburkan mereka.
DOAKAN mereka yang terkena BALA.
Kerana..
KEBAJIKAN itu SEBAIK nama nya.
KERAMAHAN itu SELEMBUT wujud nya.
KEBAIKAN itu SEINDAH rasa nya.
Dan orang PERTAMA yang mendapat MANAFAAT nya.
Adalah mereka yang MENGAMALKAN nya.
Mereka merasa MANIS nya BUAH di dalam JIWA, AKHLAQ dan NURANI mereka.
Inilah OBAT untuk hidup BAHAGIA.
INSYAA ALLAH.

0 ulasan:

Catat Ulasan