Pages

Subscribe:

Selasa, 25 November 2014

BILA LAGI NAK CINTA MATI

BILA LAGI NAK CINTA MATI Baginda Rasulullah shallallahu alaihi wasallam bersabda :
Ketika seseorang menguruskan kafan saudara nya.
Maka hendaklah dia membaguskan kain kafan nya.
Kerana sesungguhnya mereka saling berkunjung di alam kubur sana.
H.R.Imam Al-Baihaqi.
Selanjutnya Baginda bersabda lagi :
Baguskanlah kain kafan orang yang meninggal dari kalangan kamu semua.
Kerana sesungguhnya mereka saling mengunjungi di dalam kubur mereka.
H.R.Imam Ibnu Adi.
Bila kita ingatkan mati.Tiada lagi nak DENGKI-DENGKI.
Bila kita ingatkan mati.Kita tak PENTING diri sendiri.
Bila kita ingatkan mati.Kita boleh buangkan BENCI.
Bila kita ingatkan mati.Semua orang kita AMPUNI.
Bila kita ingatkan mati.Kita selalu INSAFI diri.
Bila kita ingatkan mati.Kita BERUSAHA kuat lagi.
Bila kita ingatkan mati.Kita saling MENASIHATI.
Bila kita ingatkan mati.Kita telah MENGHIDUPKAN hati.
Bila kita ingatkan mati.Tidak ada KESEDIHAN lagi.
Bila kita ingatkan mati.Kita seronok hendak BERBAKTI.
Bila kita ingatkan mati.Hidup menjadi lebih BERERTI.
INSYAA ALLAH.
Imam Tsabit Al-Banani telah berkata : Ketika seseorang meninggal dunia
Maka keluarga nya di alam barzah yang sudah meninggal dunia mendahului nya akan mengelilingi nya dan merasa sangat gembira bertemu dengan nya melebihi kegembiraan seorang manusia di dunia sewaktu menyambut kepulangan jauh orang yang di rindui nya.
Imam Abu Sa'ad radhiallahu anhu meriwayatkan bahawa : Baginda Rasulullah shallallahu alaihi wasallam bersabda :
Ketika seseorang Mukmin di kebumikan di dalam liang nya maka kubur menyambutnya dan menyampaikan khabar gembira :
Kamulah kesayangan ku di kalangan yang berjalan di atasku. Sekarang kamu telah datang menemaniku dan aku tidak akan sesekali meninggalkan mu.
Setelah menyatakan perkara itu maka kubur menjadi lebar sejauh mata memandang dan pintu Syurga terbuka.
H.R.Imam At-Tirmidzi.
Mengakhiri kalam hamba : Ingatlah sesungguhnya Syurga itu dan segala kenikmatan nya di sediakan bagi hamba-hamba NYA yang rindu ingin bertemu dengan NYA.



0 ulasan:

Catat Ulasan