Pages

Subscribe:

Ahad, 23 November 2014

SENANG DAN SUSAH BUKAN MUSIBAH.

Dalam menjalani kehidupan tiada siapa terlepas dari ujian. Rupanya bukan senang nak senang dan bukan susah nak susah. Malah ada orang merasa senang bila kita susah dan merasa susah bila kita senang.
Apalah erti nya susah jika hati bersama ALLAH. Hidup ini pasti indah di bawah lindungan tarbiyyah. Mari mencari redha ALLAH. Istiqamah di dalam ibadah. Insyaa Allah.
Biar sihat berbuat taat. Jangan sihat berbuat jahat.
Biar sikit berdikit-dikit. Jangan sikit mengungkit-ungkit.
Biar susah jangan gelisah. Jangan susah berkeluh kesah.
Biar kaya berhati mulia. Jangan kaya tak kenal siapa.
Biar rindu doakan selalu. Jangan rindu ikutkan nafsu.
Biar cinta pada yang ESA. Jangan cinta berbuat dosa.
Biar bersangka ada asas nya. Jangan prasangka menghukum manusia.
Biar dengki majukan diri. Jangan dengki merosak hati.
Dalam membuat keputusan hendaklah mengikut akal fikiran bukan mengikut perasaan kerana sebaik-baik anugerah kurnian Tuhan adalah akal fikiran dan seburuk-buruk musibah dan hadiah adalah kebodohan.
Teman yang memuliakan adalah akal fikiran manakala teman yang berbuat kezaliman adalah nafsu yang di turutkan.
Pengetahuan sahaja tidak cukup buat bahagia. Kita mesti mengamalkan nya. Niat sahaja tidak cukup buat cita-cita. Kita mesti melakukan nya.
Jangan menagih sebuah kejujuran. Jika di hati tiada keikhlasan.
Jangan meminta sebuah kebahagiaan. Jika di hati tiada kesabaran.
Jangan mengharap sebuah kesempurnaan. Jika ego baiki kesalahan.
Jangan meminta berlebih-lebihan. Jika di hati tiada kesyukuran.
Jangan mengharap sebuah kejayaan. Jika masih berpangku tangan.
Untuk mendapatkan sebuah ketenangan . Hendaklah bersolat penuh kekusyukan.Untuk mendapatkan sebuah pertolongan. Hendaklah bersujud penuh kerendahan.Untuk mendapatkan sebuah perhatian. Hendaklah berdoa penuh kesyukuran. Untuk mendapatkan sebuah keredhaan. hendaklah beramal penuh kethaatan. Bukan susah nak susah. Setiap musibah ada hikmah. Insyaa Allah. 



0 ulasan:

Catat Ulasan