Pages

Subscribe:

Sabtu, 22 November 2014

BUKAN GULA. BUKAN TUBA.

BUKAN GULA. BUKAN TUBA.

Bukan manis kerana gula. Tetapi manis budi bahasa.
Bukan pahit kerana derita. Tetapi pahit tiada redha.
Bukan kaya kerana harta. Tetapi kaya akhlaq mulia.
Bukan bisa kerana tuba. Tetapi bisa kata menghina.
Tidak boleh menghina manusia walau hanya kerlipan mata walau hanya sepatah kata walaupun hanya mencebik muka walau hanya sedetik cuma.
Barangsiapa yang menyombongkan diri nya. Angkuh gaya berjalan nya. Memandang hina pandangan mata nya.Tidak mengakui kesalahan nya. Bercakap besar mendabik dada. Nescaya dia kembali kepada Tuhan Nya sedangkan ALLAH murka kepada nya.
Syeikh Ahnaf bin Qais telah berkata : Dua perkara sangat merbahaya.
Pertama tajam lidah nya dan kedua buruk akhlaqnya.
Malah Syeikh Ibrahim bin Adham telah mengingatkan kita : Dua perkara membinasakan manusia ia itu kelebihan harta dan kelebihan kata.
Kata-kata ini bersesuaian dengan sabda Baginda yang bermakna :
Sesungguhnya kebanyakkan kesalahan manusia itu bersumber dari lidah nya.  H.R.Imam Al-Bukhari.
Kata-kata Imam Al-Hasan menjadi tauladan buat kita.
Barangsiapa yang banyak hartanya maka akan banyak dosanya.
Barangsiapa yang banyak katanya maka akan banyak dustanya.
Dan barangsiapa yang jahat perangai nya maka akan banyak menyiksa diri nya.
Bukan semua kesulitan dapat tertunai dengan kekayaan tetapi banyak kepayahan telah tertebus dengan kesabaran.Sebab itu para Ulamak menasihatkan kita : Emas mu adalah agamamu. Perhiasan mu adalah budi pekerti mu dan harta mu adalah sopan santun mu.
Imam Abu Hurairah radhiallahu anhu telah meriwayatkan bahawa : Baginda Rasululullah shallallahu alaihi wasallam telah bersabda :
Kamu tidak dapat mengembirakan manusia dengan harta benda mu tetapi kamu dapat mengembirakan mereka dengan manis muka mu dan baik budi mu.
Syair Arab telah bermadah : Berbuat kebaikan sangatlah mudah. Maniskan wajah. Lembutkan lidah.
Manis terukir pada senyum nya. Indah terlihat pada mata nya. Jujur tersembunyi pada niat nya.Ikhlas tergantung pada hati nya.
Baik terbina pada ihsan. Sopan terlihat pada kelakuan.Budi terukir pada keikhlasan. Lembut terungkap pada perkataan.

0 ulasan:

Catat Ulasan