Pages

Subscribe:

Ahad, 23 November 2014

PERMATA AYAH BONDA

PERMATA AYAH BONDA
Setiap Mukmin bercita-cita supaya amalan nya yang soleh itu bersambung kepada zuriatnya agar tenanglah hati nya bahawa di dalam keturunan nya yang akan datang ada anak cucu nya yang menyembah ALLAH dan memohon keredhaan NYA.
Bahkan mereka akan di pertemukan di Akhirat dan di tinggikan darjat nya sebagaimana darjat bapa-bapa mereka serta di kumpulkan bersama-sama di dalam Syurga : Tafsir surah At-Thur ayat 21.
Baginda Rasulullah shallallahu alaihi wasallam bersabda mengingatkan : ALLAH menganugerahkan kerahmatan kepada seorang ayah yang menolong anak nya di dalam kebajikan - H.R. Syeikh Ibnu Hibban dari Imam Ali radhiallahu anhu dari Sayyidina Umar radhiallahu anhu.
Apabila mati seorang hamba maka Malaikat akan bertanya : Apakah amalan yang di bawa oleh nya ?
Apabila mati seorang manusia maka kerabat nya akan bertanya : Apakah harta yang di tinggal oleh nya ?

Justeru zuriat keturunan yang soleh solehah menjadi impian dan cita-cita setiap hamba. Titisan darah yang soleh itu lebih di utamakan di sisi nya dari segala perbendaharaan dan kekayaan dunia.Ini adalah penyejuk mata dan perhiasan dunia seindah-indah nya.
Sekalipun ia hanya sebuah doa dan amalan-amalan kebaikan yang sunat di lakukan janganlah kita meremehkan demi kesinambungan generasi yang kita dambakan. Tidakkah anda kini menyediakan payung sebelum hujan ?
Baginda Rasulullah shallallahu alaihi wasallam bersabda : Sesungguhnya ALLAH akan mengangkat darjat seseorang hamba yang soleh di Syurga. Hamba tadi lalu berkata : Ya Rabb..Bagaimana hamba boleh mendapat darjat sedemikian rupa ? ALLAH menjawab : Ini adalah kerana istighfar anak mu untuk mu. - H.R.Imam Ahmad dengan sanad yang shahih.
Maknanya seorang hamba tidak mengetahui kenapa darjat nya di naikkan di Syurga sehingga ALLAH memberitahu nya bahawa perkara tersebut di sebabkan doa istighfar anak nya untuk diri nya.
Anak adalah aset segala kekayaan.
Mesjid adalah pasar hari kemudian.
Ilmu adalah sahabat dalam kehidupan.
Amal soleh adalah teman di dalam kuburan.
Akhlaq yang baik adalah mahkota kemuliaan.
Kemurahan adalah perisai keindahan

0 ulasan:

Catat Ulasan