Subscribe:

Sabtu, 1 November 2014

KATA NAK IKUT SUNNAH

KATA NAK IKUT SUNNAH
Kata nak ikut SUNNAH.
Tapi ADAB dan DOA kita tak ENDAH.
Kata nak ikut SUNNAH.
Tapi makan tak baca BISMILLAH.
Kata nak ikut SUNNAH.
Tapi hanya perkara NIKAH.
Kata nak ikut SUNNAH.
Tapi jual beli tidak AMANAH.
Kata nak ikut SUNNAH.
Tapi payah nak solat JEMAAH.
Kata nak ikut SUNNAH.
Tapi mulut sumpah SERANAH.
Kata nak ikut SUNNAH.
Tapi anak yatim kita JERKAH.
Kata nak ikut SUNNAH.
Tapi takut tolong orang SUSAH.
Kata nak ikut SUNNAH.
Tapi Mak Bapak buat macam SAMPAH.
Kata nak ikut SUNNAH.
Tapi tak pernah bantu ORANG RUMAH.
Kata nak ikut SUNNAH.
Tapi nak jimak kita main REDAH.
Kata nak ikut SUNNAH.
Tapi ketawa BERDEKAH-DEKAH.
Kata nak ikut SUNNAH.
Tapi berdendam tak mahu KALAH.
Kata nak ikut SUNNAH.
Tapi benci tak mahu BERALAH.
Kalau betul nak ikut SUNNAH.
Baca selalu sirah RASULULLAH.
INSYAA ALLAH.

0 ulasan:

Catat Ulasan