Pages

Subscribe:

Rabu, 5 Disember 2012

~* HATI YANG BAHAGIA ~*


♥ Imam Al-Ghazali rahimahullah berkata :
♥ Ada TIGA sebab utama menjadikan hati sakit menderita.
♥ Pertama : HASAD DENGKI.
♥ Kedua : RIYA' menyombongkan diri.
♥ Ketiga : UJUB memuji diri sendiri.

♥ Kita selalu tidak BERPUAS HATI kerana :
♥ Kita tidak MENSYUKURI.
♥ Kita tidak MEREDHAI.
♥ Dan kita tidak MENGHARGAI.

♥ Baginda Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda :
♥ Barangsiapa yang tidak MENSYUKURI yang SEDIKIT maka dia tidak akan mensyukuri sesuatu yang BANYAK.
( H.R.Imam Ahmad ).

♥ ALLAH Subhanahu wata'ala berfirman di dalam Hadith Qudsi :
♥ Seorang pemuda yang percaya terhadap Qadar KU.
♥ Redha dengan Ketetapan KU.
♥ Berasa cukup dengan rezeki pemberian KU.
♥ Dan meninggalkan nafsu di sebabkan AKU.
♥ Maka di hadapan KU dia umpama salah satu Malaikat KU.
( H.R.Sayyidina Umar Al-Khatthab radhiallahu anhu )
Kitab Kanzul 'Ummal.

♥ Ibnu Abbas radhiallahu anhu berkata :
♥ Kebanyakkan kita tidak MENSYUKURI apa yang sudah kita MILIKI.
♥ Tetapi selalu MENYESALI apa yang belum kita PEROLEHI.
♥ Kita tidak merasa BAHAGIA kerana kita tidak MENGHARGAI apa yang kita ada.

♥ HATI yang selalu BERSYUKUR.
♥ LIDAH yang selalu BERDZIKIR.
♥ Dan BADAN yang selalu BERSABAR.
♥ Adalah SENDI hidup kita.
♥ Di dalam nya terdapat KEBAHAGIAAN dan PAHALA.
(^_^)V♥♥♥~*

0 ulasan:

Catat Ulasan