Pages

Subscribe:

Khamis, 10 Januari 2013

BERSYUKUR ATAS KURNIA.


♥ BERSYKURLAH ATAS KURNIA. JANGAN MENGADA-NGADA ♥

♥ Tersebutlah kisah seorang lelaki di kalangan bani Israil yang diberi tiga doa mustajab untuk dirinya
♥ Lelaki ini mempunyai seorang isteri dan seorang anak lelaki di dalam keluarga nya. ♥ Dikatakan paras rupa isteri lelaki ini sangat buruk dan fikirannya bercelaru pula.
♥ Suatu hari isteri lelaki ini berkata pada suaminya : Wahai abang.. aku tahu kamu mempunyai doa yang mustajab kesan nya maka apa salahnya kalau kamu doakan aku menjadi wanita paling cantik di dalam dunia.
♥ Setelah dipujuk beberapa kali oleh isteri nya akhirnya si suami mengikuti kehendak isterinya. Dengan Izin Allah isterinya menjadi seorang wanita jelita yang tiada tolok bandingannya.
♥ Namun isteri lelaki ini lupa dirinya dan membuat curang kepada nya.
♥ Lelaki tadi marah dan menyumpah isterinya.
♥ Lalu berubahlah isterinya menjadi anjing betina yang asyik menyalak sahaja.
♥ Kini dua doanya yang mustajab telah diguna.
♥ Melihat keadaan wanita malang itu anak lelaki tadi datang kepada ayahnya dan merayu-rayu agar ibunya dikembalikan kepada bentuk asalnya.
♥ Lelaki tersebut mendoakan isterinya dan wanita itu kembali menjadi hodoh seperti rupa asalnya.
♥ Moral ceritanya : Dalam ujian ada nikmatnya. Dalam nikmat ada ujian nya.
♥ Orang yang tidak mensyukuri dan menghargai apa yang ada pada diri nya maka dia tidak akan menemui kepuasan dan kebahagiaan selama-lama nya.
(^_^)V

0 ulasan:

Catat Ulasan