Pages

Subscribe:

Jumaat, 25 Januari 2013

~* HANYA PADA MU ~*

♥ BISMILLAHIRRAHMAANIRRAHIIM ♥
♥ Dengan nama ALLAH Maha Pengasih Maha Penyayang.
♥ Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim.
♥ Permudahkanlah langkah ketaatan.
♥ Agar kami sentiasa dekat dengan MU.
♥ Berikanlah kekuatan dan kesihatan.
♥ Agar kami sentiasa sujud kepada MU.
♥ Didiklah hati kami dengan kecukupan.
♥ Agar kami sentiasa bersykur dengan rahmat MU.
♥ Pimpinlah jiwa kami dengan keredhaan.
♥ Agar kami sentiasa rindu dengan kasih sayang MU.
♥ Jadikanlah lidah kami penuh kelembutan.
♥ Agar kami tiada jemu menyebut Asma' MU.
♥ Hiburkanlah kami dengan Al-Quran.
♥ Agar kami sentiasa merasa nikmat nya alunan kalam MU.

0 ulasan:

Catat Ulasan