Pages

Subscribe:

Jumaat, 18 Januari 2013

~* ALQOMAH ~*

♥ ALQOMAH OH ALQOMAH ♥

♥ Alqomah seorang ahli ibadah.
♥ Ibadah nya khusyuk menyembah ALLAH.
♥ Bonda nya datang dia tak endah.
♥ Ibu terluka berhati parah.
♥ Tatkala sakarat datang menjengah.
♥ Kelu lidah mengucap syahadah.
♥ Sehingga Bonda membuang marah.
♥ Tertutup mata menghadap ALLAH.
♥ Sempurna ibadah bersama syahadah.

♥ Sesudah di kuburkan si Alqomah ahli ibadah.
♥ Baginda Rasulullah shallallahu alaihi wasallam berdiri di tepi kubur Alqomah sambil bersabda kepada para sahabah :
♥ Wahai sahabat Muhajirin dan Ansar.
♥ Barangsiapa yang mengutamakan isteri nya daripada ibu nya.
♥ Maka ia terkena kutukan ( laknat ) ALLAH, Malaikat dan manusia semua nya.
♥ ALLAH tidak menerima daripada ibadat fardhu nya dan ibadat sunnat nya.
♥ Melainkan jika bertobat benar-benar kepada ALLAH dan berbuat baik terhadap ibu nya dan meminta keredhaan nya.
♥ Kerana redha ALLAH di kaitkan dengan redha ibu nya dan murka ALLAH juga di dalam murka ibu nya.
( H.R.Imam Anas bin Malik radhiallahu anhu )
Kitab Irsyadul Ibaad Ila Sabilirrasyad.

0 ulasan:

Catat Ulasan