Pages

Subscribe:

Ahad, 13 Januari 2013

SOMBONG ITU GILA RUPA NYA

♥ SOMBONG ITU GILA RUPA NYA ♥

♥ Penyakit gila ada ubatnya.
♥ Redha pada Tuhan yang Kuasa.
♥ Ikhlas berbuat segala perintah nya.
Bersungguh menjauhi segala larangan nya.
♥ Bila maksiat taubat pada nya.
♥ Dzikrullah itu menghidupkan jiwa.
♥ Hanya kerana sebenar-benar gila.
♥ Engkau takbur pada yang Esa.
♥ Sombong melata segala dosa.
♥ Sombong meracun segala pahala.

♥ Pada suatu hari Baginda Rasulullah shallallahu alaihi wasallam berjalan melalui sekelompok sahabat yang sedang berkumpul. Baginda lalu bertanya : Mengapa kamu berkumpul di sini ?
♥ Sahabat menjawab : Ya Rasulullah ! Ini ada orang gila sedang mengamuk. Sebab itu kami semua berkumpul di sini.
♥ Baginda bersabda : Orang ini bukan gila. Ia hanya mendapat musibah sahaja.
♥ Tahukah kamu sekelian siapakah orang yang sebenar-benar gila ? ( Al-Majnun haqqal majnun ).
♥ Para sahabat menjawab : Tidak Ya Rasulullah.
♥ Baginda menjelaskan : Orang gila adalah orang yang berjalan dengan KESOMBONGAN ( TAKBUR ).
♥ Orang gila adalah orang yang memandang dengan pandangan yang MENGHINAKAN.
♥ Orang gila adalah orang yang membusungkan dada penuh KEMEGAHAN.
♥ Orang gila adalah orang yang berharap kepada Syurga Tuhan sambil berbuat bermacam KEJAHATAN.
♥ Orang gila adalah orang yang KEJAHATAN nya menjadikan orang merasa tidak aman.
♥ Orang gila adalah orang yang KEBAIKAN nya tidak pernah di harapkan.
♥ Itulah orang gila yang sebenar-benar nya.
♥ Adapun orang ini dia hanya mendapat musibah sahaja.
( Al-Hadith ).

0 ulasan:

Catat Ulasan