Pages

Subscribe:

Rabu, 16 Januari 2013

WASIAT NASEHAT

♥ WASIAT NASEHAT ♥

♥ Hai Ali ! Kasihanilah terhadap saudara mu sebagaimana engkau kasih terhadap diri mu.

♥ Hai Ali ! Carilah kebaikan pada orang yang jernih muka nya.
♥ Muliakanlah tetamu mu. Bahawasanya tetamu itu apabila datang ia kepada seseorang nescaya datanglah bersama nya rezeki nya ( rezeki tuan rumah ).
♥ Dan apabila dia pergi nescaya pergilah bersama-sama nya dosa ahli rumah itu lalu di campakkan dosanya ( tuan rumah yang di ziarahi nya ) ke dalam laut.

♥ Hai Ali ! Para Malaikat tidak akan masuk ke mana-mana rumah yang terdapat di dalam nya gambar-gambar haiwan atau patung-patung atau orang yang derhaka kepada kedua ibu bapa nya atau rumah yang tidak di masuki tetamu di dalam nya.

♥ Hai Ali ! Berbuatlah kebaikan ( sedeqah ) walaupun terhadap orang yang rendah.
♥ Berkata Ali : Siapakah orang yang rendah itu Ya Rasulullah ?
♥ Jawab Nabi : Orang yang rendah adalah orang yang jika di beri peringatan tidak mahu menerima. Jika di larang tidak mahu tunduk. Dan dia tidak memperdulikan apa yang dia katakan dan apa yang orang perkatakan terhadap nya.

♥ Hai Ali ! Sedeqah sembunyi itu dapat memadamkan kemurkaan ALLAH dan menarik keberkatan rezeki yang banyak. Dan berpagi-pagilah engkau dengan mengeluarkan sedeqah kerana bala itu datang nya sebelum pagi maka sedeqah itu akan menolak apa yang bakal terjadi ( qada di udara ).

Kitab Wasiatul Mushtafha.

0 ulasan:

Catat Ulasan