Pages

Subscribe:

Isnin, 21 Januari 2013

~* BERAMALLAH ~*


♥ Selama engkau tidak beramal. Tidaklah engkau akan mendapat pahala.
♥ Sayyidina Ali bin Abi Thalib radhiallahu anhu berkata :
♥ Orang yang menyangka tanpa bersusah payah pun ia akan sampai kepada tujuan nya.
♥ Maka inilah manusia yang banyak mengelamun di dalam cita-cita nya.

♥ Al-Hasan rahimahullahu Taala berkata : Meminta Syurga dengan tidak berbuat amal adalah suatu di antara dosa.
♥ Alamat orang yang ada kehidupan padanya dengan hakikat berbuat amal dalam hidup nya.

♥ Baginda Rasulullah shallallahu 'laihi wasallam bersabda :
♥ Orang yang cerdik bijaksana ia lah mereka yang menguasai diri nya dan beramal untuk sesudah mati nya.
♥ Dan orang yang singkat akal fikiran nya ia lah mereka yang menurutkan kehendak hawa nafsu nya serta memperbanyakkan angan-angan kosong terhadap Kemurahan ALLAH kepada nya.

♥ Syeikh waliyullah Hasan al-Basri rahimahullahu Taala berkata :
♥ Di hari Qiamat nanti ALLAH akan berseru kepada hamba-hamba NYA :
♥ Hai Hamba-hamba KU ! Masuklah ke Syurga dengan rahmat KU dan berbahagialah antara sesama mu menurut amal-amal mu.

0 ulasan:

Catat Ulasan