Pages

Subscribe:

Ahad, 13 Januari 2013

AMAR MAKRUF NAHI MUNGKAR

♥ Sayyidatina 'Aisyah radhiallahu anha meriwayatkan bahawa :
♥ Baginda Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda :
♥ Telah di seksa penduduk satu desa di mana terdapat 18000 ahli ibadah di dalam nya.
♥ Amal perbuatan baik mereka seperti amal perbuatan para Nabi nya.
♥ Para sahabat bertanya : Ya Rasulullah ! Bagaimana gerangan nya ?
♥ Maka Nabi shallallahu 'alaihi wasallam bersabda :
♥ Mereka itu tidak mahu marah kerana ALLAH.
♥ Mereka tidak mahu menyeru kepada yang baik kerana ALLAH ( Amar Makruf ).
♥ Mereka tidak mahu melarang dari yang mungkar kerana ALLAH ( Nahi Mungkar ).

♥ Ya Rasulullah ! Apakah apakah kami tidak menyeru dahulu untuk berbuat baik sehingga kami semua dapat mengerjakan seruan itu semua nya ?
♥ Dan apakah kami tidak melarang yang mungkar sehingga kami dapat menjauhi nya ?
♥ Maka Baginda Rasulullah 'shallallahu 'alaihi wasallam bersabda :
♥ Bahkan serulah berbuat baik walaupun kamu belum dapat mengerjakan semua nya.
♥ Dan cegahlah yang mungkar walaupun engkau belum dapat menjauhi semua nya.
( H.R.Imam Anas bin Malik radhiallahu anhu ).

♥ Maka untuk orang yang mengerjakan mungkar hendaklah melarang orang mengerjakan mungkar sehingga tidak berhimpun pada diri nya dua dosa. Dosa berbuat kemungkaran dan dosa tidak mencegah kemungkaran.

♥ Sebagaimana di katakan : Ambillah nasihat dari orang yang bejat .
♥ Tetapi jangan kamu ambil contoh perbuatan nya yang jahat.
♥ Kerana kata-kata nya itu dari yang haq menjadi nasehat.
♥ Sedangkan perbuatan nya adalah dari syaitan yang terlaknat.

0 ulasan:

Catat Ulasan