Pages

Subscribe:

Khamis, 10 Januari 2013

ALLAH MENGETAHUI SEGALA-GALA NYA.



♥ Lebih dari seribu tahun yang lalu. Di tengah-tengah Sahara. Pada hari Asyura.
♥ Imam Husain radhiallahu anhu berkata kepada para sahabat nya.
♥ Bersabarlah kamu semua wahai anak lelaki yang mulia.
♥ Kematian hanyalah jambatan agar kamu semua menyeberang dari keburukan dan kesengsaraan kepada Syurga yang luas rahmat nya.
♥ Kenikmatan yang abadi selama-lama nya.
♥ Maka siapakah di antara kamu yang tidak mahu berpindah dari penjara ke istana ?
♥ Sedangkan kematian musuh mu hanyalah perpindahan dari istana ke penjara dan azab siksa nya.
♥ Sesungguhnya ayahku ( Imam Ali bin Abi Thalib radhiallahu anhu ) menyampaikan kepada ku dari Baginda Rasulullah shallallahu alaihi wasallam bersabda : Dunia itu penjara bagi orang mukmin dan Syurga bagi orang kafir.Kematian adalah jambatan bagi orang mukmin ke Syurga dan jambatan bagi orang kafir ke Neraka ( Jahim ).
♥ " Dan sesungguhnya kesudahan keadaan mu adalah lebih baik bagi mu daripada permulaan nya " ( Surah Ad-Dhuha ayat 4 ).
♥ Betapa kehidupan ukhrawi itu sempurna. Di sanalah di perolehi kebahagiaan sejati dambaan setiap manusia.
♥ ALLAH Mengetahui Segala-gala nya.
♥ DIA mengambil dan memisahkan satu-satu jiwa dari badan nya.
♥ Jiwa orang yang sampai ajal nya semasa mati nya.
♥ Dan jiwa orang yang tidak mati dalam masa tidur nya.
♥ Kemudian DIA menahan jiwa orang yang DIA tetapkan mati nya.
♥ Dan melepaskan balik jiwa yang lain ke badan nya sehingga sampai ajal nya yang di tentukan NYA.
♥ Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi tanda-tanda yang membuktikan Kekuasaan NYA bagi kaum yang berfikir untuk memahami nya.
( Surah Az-Zumar ayat 42 ).

0 ulasan:

Catat Ulasan