Subscribe:

Ahad, 11 November 2012

~* Bahaya Berlebih-lebihan ~*


♥ Amirul Mukminin Umar bin Al-Khatthab radhiallahu anhu berkata :
♥ Barangsiapa yang mengelakkan berlebih-lebihan dalam perkataan maka ia di anugerahi hikmah kebijaksanaan.
♥ Barangsiapa yang mengelakkan dari berlebih-lebihan dalam penglihatan maka dia di anugerahi hati penuh kekusyukkan.
♥ Barangsiapa yang mengelakkan dari berlebih-lebihan dalam makan maka dia di anugerahi kelazatan dalam berbuat amalan.
 ♥ Barangsiapa yang mengelakkan berlebih-lebihan dalam ketawa maka dia di anugerahi kewibawaan.
♥ Barangsiapa yang meninggalkan bergurau yang keterlaluan maka dia di anugerahi kewibawaan yang penuh keanggunan.
♥ Barangsiapa yang meninggalkan kesibukan meneliti keburukan insan maka dia dapat memperbaiki setiap kesalahan ( diri sendiri ).
♥ Dan Barangsiapa yang meninggalkan dari mengintai-ngintai keadaan Allah Subhanahuwataala ( mencari-cari kelemahan) maka dia akan di anugerahi kebebasan dari kemunafiqan.
( Kitab Munabbihat Syeikh Ibnu Hajar Al-Asqalani ).

0 ulasan:

Catat Ulasan