Pages

Subscribe:

Jumaat, 16 November 2012

~* DOA HARI ASYURA ~*

♥ DOA HARI ASYURA ♥

Dengan nama Allah yang amat Pemurah lagi amat Mengasihani.
Segala puji bagi Allah sebagai puji yang berpadanan dengan segala nikmat nya dan yang layak dan berpadanan bagi tambahan nya.
Wahai Tuhan Kami bagi Engkaulah piji-pujian seperti yang layak bagi kebesaran Dzat Engkau dan kebesaran pemerintahan Engkau.


Ya Allah Wahai Tuhan yang menerima taubat bagi Nabi Adam pada Hari Asyura.
Wahai Tuhan yang mengangkat Nabi Idris ke langit pada Hari Asyura.
Wahai Tuhan yang menempatkan bahtera bagi Nabi Nuh di atas bukit Judi pada Hari Asyura.
Wahai Tuhan yang menolong dan menyelamatkan Nabi Ibrahim daripada api pada Hari Asyura.
Wahai Tuhan yang mengumpulkan Nabi Yusuf dan Nabi Yaakob pada Hari Asyura.
Wahai Tuhan yang melapangkan dukacita Nabi Yunus Dzin Nun pada Hari Asyura.
Wahai Tuhan yang telah mengampunkan bagi Nabi Daud pada Hari Asyura.
Wahai Tuhan yang mendengar permohonan Nabi Musa dan Nabi Harun pada Hari Asyura.
Wahai Tuhan yang menambahkan ilmu bagi Nabi Khidir pada Hari Asyura.
Wahai Tuhan yang menjadikan Syurga dan Neraka pada Hari Asyura.
Wahai Tuhan yang menjadikan Jibril Mikail Israfil dan Izrail pada Hari Asyura.
Wahai Tuahn yang menjadikan 'Arsy dan Kursi dan Lauh Mahfuz dan Kalam dan Langit dan Bumi pada Hari Asyura.
Ya Alllah ! Tunaikanlah sekelian hajat-hajat kami.
Wahai Tuhan yang menolakkan sekelian kejahatan.
Wahai Tuhan yang HIDUP wahai Tuhan yang BERKUASA.
Wahai Tuhan yang mempunyai kebesaran dan kemuliaan.
Wahai Tuhan yang memerintah akan Hari Kemudian.
Hanya Engkau yang kami sembah dan hanya Engkaulah kami mohon pertolongan.
Tunjukkanlah kami akan jalan yang lurus ia itu jalan mereka yang Engkau beri nikmat kepada mereka dan bukan jalan orang-orang yang di murkakan ke atas mereka dan bukanlah jalan orang-orang yang sesat.
Selawat dan salam ke atas junjungan Rasul pilihan kaum keluarga Baginda para sahabat dan mukminin mukminat sekelian.

0 ulasan:

Catat Ulasan