Pages

Subscribe:

Jumaat, 23 November 2012

~* KEUTAMAAN HARI AASYUURA' ~*


♥ KEUTAMAAN HARI AASYUURAA' ( 10 MUHARRAM ).

♥ Imam Abul-Laits Assamarqandi meriwayatkan dengan sanadnya daripada Ibnu Abbas radhiallahu anhu berkata bahawa Baginda Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda :
♥ Barangsiapa yang berpuasa pada Hari Aasyuuraa' ( sepuluh ) Muharram maka Allah akan memberikan kepada nya pahala 10,000 ( sepuluh ribu ) Malaikat.
♥ Dan barangsiapa yang berpu
asa pada Hari Aasyuuraa' maka akan di beri pahala 10,000 ( sepuluh ribu ) orang berhajji dan umrah.
♥ Dan barangsiapa yang berpuasa pada Hari Aasyuuraa' maka akan mendapat pahala 10,000 ( sepuluh ribu ) orang mati syahid.
♥ Dan barangsiapa yang mengusap kepala anak yatim pada Hari Aasyuuraa' maka ALLAH akan menaikkan dengan tiap-tiap helai rambut satu darjat.
♥ Dan barangsiapa yang memberi buka puasa pada orang Mukmin yang berpuasa pada Hari Aasyuuraa' maka seolah-olah memberi buka puasa kepada semua umat Muhammad shallallahu 'alaihi wasallam dan mengenyangkan perut mereka.
♥ Sahabat betanya : Ya Rasulullah ! ALLAH telah melebihkan Hari Aasyuuraa' pada lain-lain hari.
♥ Jawab Nabi shallallahu 'alaihi wasallam : Benar.
♥ ALLAH telah menjadikan langit dan bumi pada Hari Aasyuuraa.'
♥ Dan menjadikan bukit-bukit pada Hari Aasyuuraa.'
♥ Dan menjadikan laut pada Hari Aasyuuraa'.
♥ Dan menjadikan Lauh Qalam pada Hari Aasyuuraa'.
♥ Dan menjadikan Adam juga Hawwaa' pada Hari Aasyuuraa'.
♥ Dan menjadikan Syurga serta memasukkan Adam ke Syurga pada Hari Aasyuuraa'.
♥ Dan lahir Nabi Ibrahim a.s. pada Hari Aasyuuraa'.
♥ Dan menenggelamkan Fir'aun pada Hari Aasyuuraa'.
♥ Dan menyembuhkan bala' Nabi Ayyub a.s. pada Hari Aasyuuraa'.
♥ Dan ALLAH memberi taubat kepada Nabi Adam a.s. pada Hari Aasyuraa'.
♥ Dan di ampunkan dosa Nabi Allah Daud a.s. pada Hari Aasyuuraa'.
♥ Dan kembali semula kerajaan Nabi Allah Sulaiman a.s. pada Hari Aasyuuraa'.
♥ Dan pada Hari Aasyuuraa' akan terjadi nya Hari Qiamat.

0 ulasan:

Catat Ulasan