Pages

Subscribe:

Ahad, 11 November 2012

~* Tiga perkara menghimpun iman kesemuanya ~*

♥ Telah di riwayatkan di dalam Sohih Al-Bukhari bahawa :
♥ Ammar bin Yaasir radhiallahu anhu telah berkata :
♥ Tiga macam perkara barangsiapa yang menghimpun ketiga nya
♥ Maka telah menghimpunkan iman kesemua nya.
♥ Pertama : Bersedeqah dalam keadaan serba kekurangan.

♥ Kedua : Menginsafi diri sendiri.
♥ Ketiga : Menyebarkan salam kepada alam .

♥ Al-Imam Nawawi melanjutkan : Kami telah meriwayatkan dari selain Kitab Sohih Al-Bukhari daku telah berkata :
♥ Telah terkumpul di dalam ketiga-tiga kalimah ini kebaikan-kebaikan di dunia dan di akhirat kerana berlaku adil terhadap diri sendiri ( menginsafi diri sendiri ) melazimkan seseorang itu menunaikan hak-hak Allah ke atas diri nya dengan menunaikan segala perintah NYA dan meninggalkan segala larangan NYA. Begitu juga menunaikan hak-hak manusia ke atas diri nya dan tidak menuntut hak yang bukan milik nya. Berlaku adil terhadap diri sendiri juga tidak menjerumuskan diri nya ke dalam perbuatan-perbuatan dan perkara-perkara yang buruk di dalam kehidupan nya.

♥ Adapun memberi salam kepada alam maksud nya adalah ucapan yang di sampaikan kepada seluruh manusia. Oleh yang demikian ia merangkumi penolakan sifat takabbur yakni membesar-besarkan diri nya kepada manusia dan tiada sifat untuk menjauhkan diri kepada sesiapapun jua kerana ucapan salam menjalin ukhuwah sesama mereka.

♥ Adapun membelanjakan harta di waktu kefakiran membuktikan kesempurnaan keyakinan dan tawakkal nya kepada Allah subhanahuwa taala dan perasaan belas kasihan ke atas saudara-saudara islam .

♥ Khalifah Umar bin Abdul Aziz radhiallahu anhu berkata :
♥ Ada tiga perkara yang Allah Taala suka :
♥ Pertama : Memberi kemaafan ketika dia mempunyai kesempatan membalas kejahatan.
♥ Kedua : Adil menjatuhkan hukuman ketika dalam kemarahan.
♥ Ketiga : Berbelas kasihan terhadap setiap insan.
♥ Tiada seorang pun yang sayang terhadap hamba Allah melainkan Allah sayang kepadanya. Sekasih-kasih Allah kepada hamba NYA adalah sekasih-kasih hamba NYA kepada saudara nya

0 ulasan:

Catat Ulasan