Pages

Subscribe:

Jumaat, 16 November 2012

~* Hak Ayah Bonda ~*


♥ Dari Imam Ali bin Abi Thalib radhiallahu anhu berkata bahawa :
♥ Baginda Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda :
♥ Daku berlepas diri dari orang yang tidak menunaikan yang haq ke atas kedua orang tua nya.
♥ Saya bertanya : Ya Rasulullah ! Bagaimana jika tidak punya apa-apa ?

♥ Baginda bersabda : Kalau dia mendengar kata kedua orang tua nya maka hendaklah dia menjawab : Saya faham dan saya taat. Dan jangan dia mengatakan : Uch / Cis / Hus dan jangan pula membentak kedua nya bahkan hendaklah dia berkata kepada keduanya dengan kata-kata yang mulia.
( Al-Hadith . Di sahihkan beberapa perawi Hadith ).

♥ Baginda Rasulullah shallallahu 'alahi wasallam bersabda :
♥ Demi Allah yang telah mengutuskan saya dengan sebenar-benar nya sebagai Nabi.
♥ Tidak seorang hamba pun yang di beri rezeki harta oleh Allah Taala kemudian dia berbakti kepada kedua orang tua nya maka tentulah dia bersama-sama dengan saya di syurga.
♥ Maka seorang laki-laki berkata : Ya Rasulullah ! Apabila dia sudah tidak mempunyai lagi kedua orang tua nya di dunia maka apakah yang harus di perbuat nya ?
♥ Baginda menjawab nya : Hendaklah ia bersedeqah kepada kedua nya dengan memberikan makanan dan membacakan Al-Quran atau berdoa. Apabila dia tidak menghiraukan kedua nya maka dia telah menyakiti kepada kedua nya dan barangsiapa yang menyakiti kedua nya maka sesungguhnya dia telah berbuat derhaka.
♥ Dan Baginda bersabda : Tidak ada seorang pun hamba yang mengerjakan solat fardhu berdoa untuk kedua orang tua nya dengan memohon ampunan untuk mereka melainkan Allah Taala mengampuni nya dengan berkah doa anak nya untuk kedua orang tua nya walaupun fasiq orang tua nya.
( Al-Hadith. Di sahihkan beberapa perawi Hadith dengan persyaratan Imam Bukhari ).

Ya Allah Ya Tuhan Ku !
Cucurilah rahmat dan kasih kepada kedua ibu bapa ku.
Sebagaimana mereka mengasihi dan menyayangi ku sewaktu kecilku.

0 ulasan:

Catat Ulasan