Pages

Subscribe:

Jumaat, 23 November 2012

~* DOA RABITAH ~*

♥ BISMILLAHIRRaHMAANIRRaHIM ♥

Ya ALLAH Ya Tuhan Kami !
Engkau Maha Mengetahui bahawa hati-hati kami telah berkumpul kerana MU.
Bertemu untuk mematuhi perintah MU.

Bersatu memikul beban dakwah MU.
Malah hati-hati ini telah bersatu untuk mendaulat dan menyokong syariat MU.
Ya ALLAH eratkanlah akan ikatan nya.
Kekalkanlah kemesraan antara hati-hati ini akan jalan NYA.
Penuhilah piala hati-hati ini dengan cahaya Rabbani MU yang tiada kunjung malap nya.
Lapangkanlah hati-hati ini dengan limpahan iman dan keindahan tawakkal kepada MU.
Hidup suburkanlah hati-hati ini dengan makrifat tentang MU.
Jika Engkau mentaqdirkan mati maka matikanlah pemilik hati-hati ini sebagai syuhada dalam perjuangan agama MU.
Engkaulah sebaik-baik sandaran dan Engkaulah sebaik-baik tempat pertolongan.
Ya Allah ! Perkenankanlah setiap permohonan.
Ya Allah restuilah dan sejahteralah ke atas junjungan Nabi Muhammad shallallahu 'alaihi wasallam kaum keluarga dan para sahabat Baginda semuanya.
Allahumma Aamiin Ya Rabbal Aalamiin.

0 ulasan:

Catat Ulasan