Pages

Subscribe:

Jumaat, 16 November 2012

~* ISTIQAMAH ITU INDAH ~*


♥ ISTIQAMAH ITU INDAH.
♥ PERHIASAN KEPADA IBADAH.

♥ Sayyidina Abu Bakar Ash-shiddiq radhiallahu anhu berkata :
♥ Istiqamah adalah kamu tidak menyekutukan Allah dengan sesuatu apa pun di dalam kehidupan.

♥ Sayyidina Umar Al-Khatthab radhiallahu anhu berkata :
♥ Istiqamah adalah kamu selalu lurus dalam mengerjakan perintah Tuhan dan menjauhi segala larangan dan tidak melakukan penyelewengan.

♥ Sayyidina Uthman bin Affan radhiallahu anhu berkata :
♥ Istiqamah adalah keikhlasan.

♥ Sayyidina Ali bin Abi Thalib radhiallahi anhu berkata :
♥ Istiqamah adalah menunaikan semua kewajipan.
( Ma'alimut Tanziil ).

♥ Ulamak berkata :
♥ Istiqamah ada tiga keadaan :
1. Pertama : Istiqamah dengan ucapan. Istiqamah dengan lisan adalah membiasakan membaca kalimah syahadat mentauhidkan Tuhan.
2. Kedua : Istiqamah dengan hati yakni membiasakan berbuat kejujuran.
3. Ketiga : Istiqamah dengan seluruh anggota perbuatan. Istiqamah dengan diri adalah membiasakan beribadah dengan ketaatan.

♥ Ulamak berkata : Istiqamah itu EMPAT pekara :
♥ Taat dalam menghadapi perintah Tuhan.
♥ Taqwa dalam menjaga diri menghadapi larangan.
♥ Bersyukur dalam menerima segala kurniaan.
♥ Bersabar untuk mencapai nikmat ganjaran syurga yang di sediakan.

♥ Kesempurnaan EMPAT Istiqamah di atas dengan EMPAT keadaan
♥ Sempurna nya ketaatan itu dengan keikhlasan.
♥ Sempurna nya ketaqwaan itu dengan penyesalan.
♥ Sempurna nya kesyukuran itu dengan mengetahui kelemahan.
♥ Sempurna nya kesabaran itu dengan penyerahan diri kepada Tuhan.
( Imam Nasafiy ).

Seorang Hakiem berkata : Orang yang istiqmah itu harus seperti bukit dan bukit itu ada empat tanda nya :
♥ Tidak cair kerana panas.
♥ Tidak beku kerana dingin.
♥ Tidak bergerak kerana angin.
♥ Tidak berubah kerana air bah.

Seorang Hakiem berkata : Orang yang Istiqamah ada Empat tanda nya :
♥ Tidak terpengaruh dengan kebaikan ( budi manusia ) untuk menegakkan kebenaran.
♥ Tidak terpengaruh oleh kejahatan untuk menyeleweng dari kebenaran.
♥ Tidak menghalangi hawa nafsu nya untuk berbuat ketaatan.
♥ Tidak terhalang kekayaan nya untuk melakukan perintah Tuhan.

Ya Allah Ya Tuhan Kami. Berilah rezeki Istiqamah kepada kami.

0 ulasan:

Catat Ulasan