Pages

Subscribe:

Rabu, 28 November 2012

~* 10 JENIS TANGISAN ~*


♥ Imam Ibnu Al-Qayyim menerangkan bahawa terdapat 10 jenis tangisan :

♥ Pertama : Tangisan kerana kasih sayang dan belas kasihan.
♥ Kedua : Tangisan kerana rasa cemas dan takut kepada Tuhan.
♥ Ketiga : Tangisan kerana kecintaan dan keri
nduan.
♥ Keempat : Tangisan kerana rasa senang dan kegembiraan.
♥ Kelima : Tangisan kerana menderita sakit berat yang tidak tertahan.
♥ Keenam : Tangisan kerana kesedihan.
♥ Ketujuh : Tangisan kerana kelemahan.
♥ Kelapan : Tangisan kerana kemunafiqan.
Di hadapan orang tangisan nya penuh kekusyukan. Di belakang orang hati nya keras tiada belas kasihan.
♥ Kesembilan : Tangisan kerana bayaran.
Tangisan orang yang mendapat upah kerana meratapi orang yang mati ( amalan jahiliyah yang sangat keji ).
♥ Kesepuluh : Tangisan kerana kebetulan.
Kebetulan semua orang mengeluarkan tangisan maka ia pun menjadi ikut-ikutan.

♥ Syeikh Yazid bin Maisarah rahimahullahu Taala berkata :
♥ Tangisan ada 7 perkara :
♥ Pertama : Menangis kerana KESENANGAN.
♥ Kedua : Menangis kerana KESEDIHAN.
♥ Ketiga : Menangis kerana KECEMASAN.
♥ Keempat : Menangis kerana KEPURA-PURAAN.
♥ Kelima : Menangis kerana KESAKITAN.
♥ Keenam : Menangis kerana KESYUKURAN.
♥ Ketujuh : Menangis kerana TAKUTKAN TUHAN.

0 ulasan:

Catat Ulasan