Pages

Subscribe:

Isnin, 26 November 2012

~* EMPAT KEUTAMAAN DIAM ~*

♥ EMPAT KEUTAMAAN DIAM. ♥

♥ Baginda Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda
♥ Solat itu tiang agama.
♥ Sedang sikap diam itu lebih utama.
♥ Sedeqah itu dapat memadamkan murka ALLAH Tuhan nya.

 ♥ Sedang sikap diam itu lebih utama.
♥ Puasa itu benteng ( perisai ) Neraka.
♥ Sedang sikap diam itu lebih utama.
♥ Jihad itu adalah puncak Agama.
♥ Sedang sikap diam itu lebih utama.
( Al-Hadith Kitab Munabbihat Syeikh Ibnu Hajar Al-Asqalani ).

♥ Agama tidak akan berdiri tanpa solat sepertimana tidak akan berdiri sebuah rumah tanpa tiang-tiang nya.
♥ Solat sebagai bukti sebenar kehambaan dalam menunaikan hak ketuhanan. Tetapi diam itu lebih utama daripada solat berdasarkan sabda Baginda shallallahu 'alaihi bermaksud :
♥ DIAM ADALAH IBADAH TINGKAT TERTINGGI.
( H.R.Imam Ad-Dailami dari Imam Abu Hurairah ).

♥ Yang di maksudkan dalam kontek Hadith ini adalah tidak mengucapkan sesuatu yang tidak bermanafaat dalam perkara agama dan dunia dan jangan berbantah dengan manusia yang menentang kerana kejahilan nya.
♥ Oleh kerana itu diam merupakan ibadah tingkat tertinggi kerana semua kesalahan timbul dari lisan ( perkataan ) kita sendiri.
♥ Bagaimanapun jika manusia itu duduk seorang diri maka diam itu tidaklah menjadi ibadah buatnya.

♥ Baginda Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda lagi :
♥ DIAM ITU PERHIASAN BAGI ORANG ALIM DAN PENUTUP BAGI ORANG BODOH.
( H.R.Abu As-Syeikh dari Al-Mihrazi ).
♥ Diam dapat menambah kewibawaan orang alim dan sebagai petanda adanya ilmu nya.
♥ Sedangkan bagi orang bodoh diam itu menjadi tabir menutup peribadinya kerana semakin banyak yang di perkatakan nya maka semakin banyak pula terserlah kebodohan nya.

♥ Baginda Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda lagi :
♥ DIAM ADALAH PEMIMPIN AKHLAQ.
( H.R. Imam Ad-Dailami dari Imam Anas bin Malik ).
♥ Hadith ini bermaksud diam dari perkara yang tidak ada pahala di dalam nya adalah pemimpin akhlaq mulia kerana dapat menyelamatkan tuan nya dari bahaya lidah dan segala kejahatan nya.

♥ Baginda Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda lagi :
♥ DIAM ADALAH HIKMAH KEBIJAKSANAAN, NAMUN SEDIKIT SEKALI MANUSIA MELAKUKAN.
( H.R.Imam Al-Qadha'i dari Imam Anas dan Imam Ad-Dailami dari Ibnu Umar radhiallu anhu ).

0 ulasan:

Catat Ulasan