Subscribe:

Sabtu, 17 November 2012

~* Hari Raya Orang Beriman ~*


~* Imam Anas bin Malik r.a. berkata :
Orang yang beriman itu mempunyai lima Hari Raya :
1. Setiap hari dia berhubungan dengan orang yang beriman dan tidak di catat dari nya suatu dosa pun maka itu adalah Hari Raya bagi nya.
Maknanya dia terpelihara dari melakukan dosa maka itulah sebenar-benar hari Raya bagi nya.
2. Hari dia keluar dari dunia ia itu mati dengan membawa bekal iman syahadat
dan terpelihara dari tipu daya syaithan maka itu adalah Hari Raya bagi nya.
3. Hari dia menyeberang shiratul mustaqim dan dia selamat dari segala risiko hari Kiamat dan selamat pula dari tangan lawan nya dan dari Malaikat Zabaniah. Maka itu adalah Hari Raya bagi nya.
4. Hari dia masuk ke dalam Syurga dan selamat dari Neraka Jahim maka itu adalah Hari Raya bagi nya.
5. Hari di saat dia melihat Tuhan NYA maka itu adalah Hari Raya bagi nya.
( Riwayat Imam Abul Laits As-Samarqandi). ~*

0 ulasan:

Catat Ulasan