Pages

Subscribe:

Sabtu, 17 November 2012

~* SEPULUH AKHLAQ MULIA ~*


♥ Sepuluh kelopak bunga.
♥ Indah menghiasi rupa.
♥ Sepuluh akhlaq mulia.
♥ Indah perhiasan jiwa.

♥ Mengamalkan sepuluh akhlaq mulia untuk mencapai nikmat bahagia :
♥ Pertama : BERISTIGHFAR.
♥ Baginda Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda :
♥ Tiap penyakit ada ubat nya dan ubatnya dosa adalah membaca
Istighfar. ( H.R.Imam Muslim ).

♥ Kedua : BERTAFAKKUR.
♥ Imam Hasan Al-Basri radhiallahu anhu berkata :
♥ Bertafakkur ( berfikir ) sejenak itu lebih baik daripada bangun malam.
♥ Suffian bin Uyainah merakamkan dalam syairnya :
♥ Jika seseorang itu ada fikrah ( tafakkur )
♥ Maka setiap fikrah itu ada ibrah ( pengajaran ).

♥ Ketiga : MENJALIN HUBUNGAN DENGAN ORANG SOLEH.
♥ Imam Ibnu Abid Dunya Rahimahullahu berkata :
♥ Sungguh beberapa ahli hikmah pernah di tanya : Apakah kekayaan yang paling baik ? Jawab mereka : KETAQWAAN dan kemudian TEMAN YANG SOLEH.

♥ Keempat : BERDZIKIR.
♥ Imam Anas bin Malik radhiallahu anhu berkata bahawa:
♥ Baginda Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda :
♥ Dzikir pada Allah itu tanda ada nya IMAN. Kebebasan dari NIFAQ ( sifat munafiq ). Benteng dari Syaitan dan penjagaan dari api neraka.

♥ Kelima : SOLAT FARDHU KHUSYUK.
♥ Ulama' berkata : Sesungguhnya kelazatan solat tidak ada bandingannya dengan apa pun yang ada di dunia apabila di lakukan dengan benar dan khusyuk di dalam nya.

♥ Keenam : TADABBUR AL-QURAN.
♥ Imam Abul-Laits Assamarqandi meriwayatkan dengan sanad nya daripada Abdullah bin Mas'uud radhiallahu anhu berkata :
♥ Al-Quran itu dapat memberikan syafaat dan akan di terima pembelaan nya. Juga menjadi penuntun yang sangat di percaya.
Maka barangsiapa yang menjadikan Al-Quran sebagai pimpinan nya maka pasti di pimpin ke Syurga dan barangsiapa yang meletakkan Al-Quran di belakang nya maka pasti di seret ke Neraka.

♥ Ketujuh : PUASA PADA HARI PANAS .
♥ Imam Abul-Laits meriwayatkan dengan sanadnya dari Abu Malik Al-Asy'ari berkata :
♥ Baginda Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda :
♥ Enam macam dari kebaikan.
1. Berjihad memerangi musuh-musuh Allah.
2. Puasa di musim kemarau.
3. Sabar ketika menghadapi musibah.
4. Tidak berdebat meskipun dia merasa benar.
5. Solat tepat pada waktu nya di musim kemarau.
6. Sempurna wudhu' di musim dingin.

♥ Kelapan : BERSEDEQAH SEMBUNYI-SEMBUNYI.
♥ Ibnu Hibban meriwayatkan :
♥ Sedeqah rahsia itu dapat memadamkan murka Allah dan silaturrahim itu dapat memberkahi umur dan berbuat kebaikan itu dapat menghindarkan jurang kejahatan. ( R.Ibnu Hibban ).
♥ Kelebihan sedeqah secara bersembunyi. Mengisbatkan sifat Allah yang Maha Mengetahui.

♥ Kesembilan : MERINGANKAN BEBAN SAUDARA.
♥ Baginda Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda :
♥ Hamba yang paling di cintai oleh Allah Subhanahu Wata'ala adalah seseorang yang paling bermanafaat bagi manusia. Amal yang paling utama adalah memberikan rasa senang hati pada seorang mukmin dengan menghilangkan kelaparan dengan memberi makan kepada orang yang kebuluran dan membantu nya dari sebarang kesusahan dan membantu untuk menjelaskan tanggungan hutang.
Dua perkara yang paling keji adalah syirik terhadap Allah dan memberi mudharat berupa kebinasaan atau bahaya ke atas saudaranya ( kaum muslimin )
( Al-Hadith ). Kitab Munabbihat Syeikh Ibnu Hajar Al-Asqalani.

♥ Kesepuluh : BERSIFAT ZUHUD.
♥ Tidak mencintai dunia berlebih-lebihan sehingga membawa diri nya kepada kebinasaan.
♥ Di riwayatkan bahawa Nabi Daud alaihissalam bersabda :
♥ Telah di wahyukan di dalam kitab Zabur sebagaimana berikut :
♥ Hak atas orang yang berakal adalah jangan sibuk mengurus dunia melainkan dengan tiga perkara :
1. Menghimpun bekalan untuk akhirat nya.
2. Mencari biaya ( belanja ) untuk sekadar hidup nya .
3. Dan Mencari kelazatan dengan cara yang halal sahaja.

0 ulasan:

Catat Ulasan